Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016

Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016

UPDATE TERBARU FORMAT UPSR 2016 >>> KLIK SINI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, petang tadi menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor 2015.

Perkongsian yang amat bermakna daripada seorang Guru Sumber Bahasa Melayu, yang juga telah dipanggil untuk menjadi pemeriksa kertas Ujian Rintis UPSR 2016. Beliau turut berkongsi dapatan yang diperolehi.

Katanya, Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016 telah dijalankan baru-baru ini. Bentuk atau gambaran soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016 yang dimaklumkan bahawa kertas ini mempunyai:

1. 4 bahagian yang wajib dijawab oleh calon.
2. Tiada soalan pilihan
3. Setiap soalan mempunyai pecahannya.
4. Soalan pula berbentuk struktur dan penulisan yang disertai dengan bahan grafik.

Soalan yang diajukan menjurus ke arah penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan yang seperti digambarkan adalah:

Bahagian A
Diberikan bahan (grafik) lampu isyarat.
1a. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
b. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

Bahagian B
Bentuk Situasi
1a. Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah? (10markah)
*soalan ini dikatakan menjurus ke arah nilai murni.

Bahagian C
Diberikan bahan grafik (Pencemaran Sungai)
1. Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.

Bahagian D
Diberikan bahan grafik iklan jualan barang elektri (tulisannya pelbagai bahasa).
*Pemilihan barang yang sesuai untuk satu-satu ruang

Sekiranya format Bahasa Melayu UPSR sebelum-sebelum ini statik yang mana mempunyai Bahagian A (Bina Ayat), Bahagian B (Karangan) dan Bahagian C (Membina Ulasan-Nilai Murni), namun mulai UPSR 2016, format atau bentuk soalannya tidak sama setiap tahun.

Perkongsian ini sekadar pencerahan dan memberikan gambaran bentuk soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016. Oleh itu, tidak bermakna format ini sudah ditetapkan, sebaliknya Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan bentuk dan masih dalam proses pembikinan. Dikatakan juga, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan buku contoh-contoh bentuk soalan KSSR yang menjurus ke arah UPSR 2016, pada tahun ini. Kita nantikan sahaja apa-apa perkembangan selanjutnya.

SUMBER: Whatsapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Format UPSR 2016 dikeluarkan oleh Lem... Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mendedahkan format UPSR 2016 dalam satu sidang media di Putrajaya hari ni. Pengarahnya, Datin Nawal Salleh berkata, perubahan format tersebut  membabitkan bentuk dan jenis soalan. Menurut beliau lagi, soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). “UPSR format baharu akan membabitkan 6 [...]

1 Comment

  1. August 23, 2015    

    soalan senang … haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN