Berhati-hati dengan emel camni

Penipu zaman sekarang makin hebat, makin terer. Nak hack akaun orang guna emel je. Tak payah nak susah-susah gi bank, isi borang dan sebagainya. Duduk depan komputer pun dah boleh curi duit beribu-ribu.

Biasa aku dapat emel dari maybank je, suruh update maklumat sebab kemaskini sistem dan macam-macam lagi.

Yang menang duit berjuta-juta tu pulak tak yah cita la. hampir setiap minggu menang USD1 juta. Kadang-kadang seronok jugak layan diorang ni. Nak tengok camana hebatnya diorang ni.

Hari ni dapat emel dari cimb plak. Kalau sekali tengok, memang nampak macam betul
image

Kalau tengok kat bahagian detail emel tu, kita boleh tengok sender dia. cimbclick@mail.com . Dah sah kat situ emel scam.. Kalau dari cimb, tentu guna domain cimb sendiri.

Kalau dapat emel camni, report je emel tu sebagai spam atau pun mark as spam. Setel. Toksah gatal-gatal nak klik kat link tu..

Tapi aku ni jenis gatal. Saja la nak tengok camana dia punya phishing web ni. Jadi aku pun klik la link dia

image

Fuh.. Macam real tuh.. Tapi kalau kita tengok di address bar kat browser tu kita akan nampak. Address web tu tak sama cam cimb yang sebenar. kalau web sebenar cimb camni. http://www.cimbclicks.com.my . Tapi kena hari-hati juga kalau jumpa link camni kat emel atau web mana-mana pun. Scammer masih boleh tipu dengan mengubah link di address tersebut. contohnya cuba klik di link ni http://www.cimbclicks.com.my . Apa yang keluar???? bukan cimb kan???  itu lah cara scammer buat… kalau nak selamat, ikut nasihat yang diberikan di web cimb, maybank2u dan lain-lain tu.

Maybank2u Security Tips:

The latest browser versions of Internet Explorer, Google Chrome, and Firefox notify you when you are in a secured session (https://) by indicating with a green highlighted URL or a padlock icon on the address bar. If you do not see either, Do Not Proceed.
ALWAYS manually type www.maybank2u.com.my to access Maybank2u.com

NEVER click on any email links claiming to direct you to Maybank2u.com

Ni maklumat yang kita kena isi.  Nama emak tu antara yang paling bahaya. Tolong la jangan bagitau kat sapa-sapa terutama di web.

Siap suruh masuk nombor TAC lagi tu…
image

Dah siap… kalau anda dah pun isi semua maklumat tadi dengan sejujurnya… Pasrah la bahawa semua wang anda telah pun ‘diselamatkan’ oleh penyamun siber..

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN