Bernama nafi keluar berita bonus Aidilfitri

image

 

Bernama tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong. Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita “myMetro”, untuk membuatkannya kelihatan sahih.“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu,” katanya.”Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalah guna,” katanya. Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN