Bersiap untuk ke Taman Negara

20120524-010918.jpg

25 hingga 28 Mei ni, aku dan rakan-rakan GP1adventure akan ke Sungai Keniam untuk memancing kelah kat situ.. Dah lama program ni dirancang dan setakat hari ni mengikut perancangan yang dah dibuat..

Selama 4 hari tu la jugak blog ni takkan berhupdate… Huhuhu… Tapi kalau blog ni berupdate dalam masa tu, tu maknanya hantu raya aku update 🙂 . Kat dalam Taman Negara tu, jangan kata line internet, line telefon pun takde… 🙁

Ok, Ni check list untuk memancing di Taman Negara, mana tahu esok lusa korang plak nak gi mancing kat sini. Jadi check list ni boleh dijadikan panduan..

1. Rod & Reel yang bersesuaian.
2. Tali main line 25 – 40 lbs mono.
3. Mata kail Daichi saiz 16.
4. Klip gelap.
5. Batu penabur.
6. Perambut.
7. Umpan Sawit.
8. Umpan lain (cengkerik / ubi kayu / umpun-umpun)
9. Mata udang.

Kelengkapan peribadi pula:

1. Bag pakaian.
2. Pakaian gelap.
3. Sleeping bag.
4. Lampu suluh.
5. Parang.
6. Kasut getah.
7. Ubat-ubatan.
8. Berus & ubat gigi

Mengikut arahan dari ketua rombongan, banyak peraturan dan arahan yang perlu diikut kalau nak memancing di Taman Negara ni.. Nak masuk ke Taman Negara ni bukan senang… Nak kena ada permit.. Jadi kena ikut la semua peraturan yang ditetapkan. Antaranya, paling penting ialah i/c kena bawak.. Sebab semua orang yang nak masuk ke taman negara ni didaftarkan mengikut i/c masing-masing… Jadi tak boleh suka-suki je tukar orang dan sebagainya…

Segala barang keperluan yang dibawa masuk hendaklah ditulis dengan detail… Berapa helai baju, berapa helai spender dan sebagainya… Pendek kata, semua la nak kena tulis.. Dan semua barang yang dibawa masuk, hendaklah di bawa keluar semula… Ye la… Tempat terkawal kan.. Nak kena jaga la semua tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. June 15, 2013    

    I’ve read several excellent stuff here. Certainly value bookmarking for revisiting. I surprise how much attempt you put to make this sort of great informative website.

    My weblog :: sleeping bag vs quilt
    sleeping bag vs quilt recently posted..sleeping bag vs quiltMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN