Bersyukur dengan apa yang ada

Semalam satu hari suntuk jadi nelayan di Pulau Angsa, Kuala Selangor.. Tangkapan pun kurang.. Aku sendiri dapat sekor je anak pari atau orang panggil ikan tuke. Camtu kot eja dia.. 🙂 semua orang dapat ikan cuma banyak dan sikit, besar atau kecil.. Bersyukur dengan apa yang ada.

image

Jadi nelayan ni memang sukar, memang penat. Semua bergantung kepada rezeki masing-masing.. Setakat mana yang telah ditetapkan, itulah rezeki kita. Sentiasa bersyukur dan sentiasa memohon kepada Allah supaya dimurahkan dan diberkati rezeki yang kita dapat.

Rezeki Allah ada dimana-mana, cuma kita perlu usaha, doa dan tawakkal.. insyaAllah..

Doa dimurahkan rezeki..

Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim.

Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
tiada daya dan upaya kami, hanya kami berharap pada pertolongan Mu

Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah cahaya di dalam hati kami
jadikanlah cahaya di pendengaran kami
jadikanlah cahaya di hadapan kami
jadikanlah cahaya di belakang kami
jadikanlah cahaya di kanan kami
jadikanlah cahaya di kiri kami
jadikanlah cahaya di atas kami
jadikanlah cahaya di bawah kami

jikalau cahaya itu sukar untuk kami, maka Engkau mudahkanlah cahaya itu untuk kami
jikalau rezeki kami dilangit, maka Engkau turunkanlah
jikalau rezeki kami diperut bumi, maka Engkau keluarkanlah

HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL

(tarik nafas dan pintalah di dalam hati)

Sumber: infozi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. April 20, 2012    

    terima kasih diatas perkongsian serta backlink. semoga bermanfaat untuk semua. 🙂
    INFOzi recently posted..Muttrah Souq, Muscat OmanMy Profile

    • wandin wandin
      April 20, 2012    

      Kongsi untuk kebaikan semua… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN