Bob Kuman Meninggal

image

Baru je terlihat di Facebook rakan dan di blog Mazidul Akmal, Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman disahkan meninggal pada hari ni iaitu 3 Mei 2012, pada pukul 4.38 petang. Allahyarham yang berusia 41 tahun meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norma Ibrahim yang baru dikahwininya pada 8 April lalu, iaitu perkahwinan keduanya.

Al-Fatihah untuk Allahyarham… Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA
Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

-mazidulakmal.com

SHAH ALAM – Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah’ kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

-sinarharian

 

Gambar Kumpulan KU2 yang dianggotai oleh Kuman dan Kumin. Antara lagu top KU2 ialah

  • 1.Biarkan
  • 2.Lagu Melayu
  • 3.Motivasi
  • 4.Nicky & Rozi

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN