Bola oh bola

image

Entry ni mungkin akan membuatkan ramai kaki bola marah, bengang dan tak puas hati ngan aku. So kalau sapa kaki bola tu, sila baca dengan tenang, kalau tak nak baca pun takpa.. 🙂

Aku kadang-kadang pelik dan heran la dengan kaki layan bola ni, sanggup berjaga sampai pagi, sanggup tidur lambat, sanggup tinggal anak bini kat umah, sanggup macam-macam la pasal bola. Kalau minat dengan bermain bola tu ok la jugak, berpeluh la jugak badan.

Tapi minat tengok bola. Apa kita dapat dengan semua tu? bagi aku,  apa pun x boleh.. Kalau kata nak tiru skill, tak jugak. Tahap permainan bola sepak kita camtu jugak. Malah lebih teruk lagi berbanding zaman dahulu.. Jadi jaguh kampung je.. Main level-level asia je.. Nak pergi jauh? Entah bila la pun aku tak tahu..

Aku pun minat jugak bola, layan jugak bola.. Pergi jugak stadium tengok bola. Tapi kalau nak kena berjaga malam, tidur lambat sebab bola… Oh tidak la.. Tido lagi bagus..
Badan sihat=otak cergas…
otak cergas= produktif…
produktif= $$$$.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN