Bonus raya dapat Julai ni

Update 2 JULAI 2014: Comfirm, kakitangan awam dari gred 1-54 akan diberikan bantuan khas raya sebanyak RM500 dan akan dibayar pada 15 Julai ini..
image

____________________________________________________________________________________

26 Jun 2014 – Semalam dapat satu mesej whatsapp tentang bonus raya yang akan diterima oleh kakitangan kerajaan pada 15 Julai nanti.. Mesej dia camni..

Tahniah kepada penjawat awam.petang tadi mesyuarat menteri kabinet telah menluluskn bonus semperna aidilfitri.tetapi hal ini tidak akan di sebarkan melalui media kerana bonus ini akan terus di kreditkan ke ac bnk gaji pada 15/07/2014

Dato ahmad sazali
Setiausaha Cuepac
*Copy n paste dari group lain*

Kalau bab bonus laju je kan??? Kalau bab kerja, lambat je… Tapi bukan semua camtu.. Ramai juga yang komited dengan kerja dan tak pernah berkira dan berharap dengan bonus ni… Kalau dapat Alhdulillah…

Banyak juga trafik masuk dalam blog ni cari berita pasal bonus ni semalam.. Yang ada hanyalah berita tahun lepas… Setakat ni belum ada berita pasal bonus raya 2014.
Kita tunggu je pengumuman rasmi dari PM kita nanti…

______________________________________________

Ceupacs menafikan mesej tentang bonus Raya 2014

KUALA KANGSAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN