Gambar hiasan
JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.
Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.
“Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.
“Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.
Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.
Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.
Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

Sebenarnya tanpa sedar kes ini menyedarkan ramai org..Ramai org ambil peluang punc card dulu lepas tu keluar utk settlekan urusan peribadi..Tidakkah itu menipu…itulah teguran Allah utk kt semua.bukan pd ibu ini shj. Seperkara lagi..bukan mustahil ibu ini terlupa…sbb mgkn dia dah terbiasa..lepas punch card di terus kerja/mengajar..Kita doakan yg terbaik utk dirinya…Ini hari dia..hr kt tak tau lg..
Ya Allah jauhkan lah kami semua dari musibah..
jadikn iktibar apa yg berlaku kerana apa yang berlaku hanya orang yang mengalami mengetahui situasi dirinya.
tiada apa yang perlu disesalkan.. jadikan ini sebagai iktibar dalam kehidupan… berat mata memandang berat lagi bahu memikul… Allah lagi maha mengetahui segalanya…
kepada Allah kita berserah…
kecuaian ibu membawa padah…..JADIKAN IKTIBAR KPD SEMUA….
ya Allah….pilunye rasa ati….kecuaian yg tk sptnyer brlaku….
Semuanya sudah tertulis..
dscarnia recently posted..Nescafe : Milk Coffee
hmmm…terlalu obses keja smpi anak dlm keta pun leh lupa..
My comment government commonly concern economic and GDP, if I was prime minister adviser give him few suggestion. 1. Promote family before career practise china emperor system. 2. Family and NGO work hand in hand 3. Social welfare super power and authority act assist women and child with immediate respond without refer any department; it had power support high court judge and police force. Ministry of finance special allocation solve nation family financial problem. This way get a nation harmony country. Tq
kecuaian membawa padah, sama-sama kita kena beringat lepas ni, apa2 pon semua tu ketentuan Allah…
YA ALLAH…..jauhkanlah kami semua kaum2 ibu darimusibah ini.moga sentiasa jadi peringatan untuk semua
mama sayang anak anak mama…..soooooo much…..
lupa itu hak Allah.bile2 mse pn Dia boleh tutup hijab kite untuk lupa akan sesuatu.mendoakan kebaikan hamba lain adalah lebih bermanfaat.
Innalillahiwainnailaihirajiun……Nauzubillah…semuanya ketentuan Allah. Hari ni hari dia, esok mungkin hari kita. Tak siapa yg tahu…Alfatihah utk arwah…sekurang2nya arwah terus ke syurga…semoga ibu tu bersabar dgn ujian Nya.
tiada seorg ibu pon mahu anaknya meninggal….itu sudah suratan takdir,,,,takziah untk keluarga mangsa…alfatihah….
tiada ibu yg xkasihkan anak…ada hikmah sebalik kejadian,bersama2 kita doakan agar kejadian spt ini tidak berlaku keatas kita dan org lain.
Cuai?…tlg lh jgn guna ayat 2..kasihanilah si ibu tu…tuhan je tau hati n prasaan ie…xde ibubapa yg m’inginkan situasi ini…munusia mmg sering mlakukan silap cuma situasi bbeza…Moga allah mberi ksabaran n ktabahan atas ujian ini n menggantikan dgn yg lbh baik….aminn…
cuai sgt la…..naper la tk buka cermin keta atau bwa skali pi punch card ka…ank pn ble lupa tp tk lupa punch card……rasa mcm nk seranah pn ada……
jgn nk snang seranah org kak, engat suma 2uh dh suratan tkdir, si ibu tu pon xjangkakan kejadian mcm itu, ibu mana yang nk anak dye jdk mcm 2uh, nih suma takdir, redha jek lh ngn ketentuanNya, kita sebagai hamba jgn mudah nk Judge org cik kak
Semuanya berlaku tanpa di duga..kebetulan si anak sedang tidur..dan ibunya x perasan(haritu saja)..klu ank itu sedar mungkin perkara sebegini tidak berlaku..si ibu pun xminta utk jadi sebegini..jadi jgn lah nak di salahkan si ibu…semakin rasa tidak tenang si ibu apabila mendengar tuduhan melulu dari org lain. diharap perkara ini tidak terjadi pada diri sendiri…
apa pun terjadi adalah ketentuan allah.bila sudah smpai hukum allah maka terjadilah ia…bagi kita yg blm kena ni yg sepatutnya beringat.bg yg dah terjadi ni bkn kata beringat tp redho atas ketentuan allah.
Kesian nyer budak ni
Adik Comel recently posted..Gambar Proton Preve Sapphire Baru