Bukan Aaron Aziz da…

Beberapa hari yang lepas, semua sibuk duk share gambar dan paspot yang dikatakan milik Aaron Aziz idaman Malaya tu… Siap kutuk-kutuk lagi. Itu lah.. Sebab tu sebelum nak share sesuatu tu, tengok dulu betul atau tidak? Kan dah jadi fitnah.. Tak ke naya tu?
image

Dalam ‘kad pengenalan’ itu nama sebenar Aaron dikatakan Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha. Apalagi kecohlah jadinya sehingga isterinya, Diyana terpaksa memberikan penjelasan seperti yang diminta portal Murai baru-baru ini.

“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.
“Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

“Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya,” jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.
Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

Sumber: MediaSerius.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN