Cara hilangkan iklan yang melampau di facebook

Ramai orang tak tahu, kita boleh hilangkan atau ‘hide’ iklan yang dilihat di facebook. Iklan tersebut memang akan sentiasa muncul di wall kita kerana pengiklan tersebut telah membuat setting supaya iklan tersebut dilihat oleh kita. Contohnya iklan catuaba, minyak lintah, ubat kurus, ubat tahan lama, ubat gemuk, qlimax, dan sebagainya…  Pengiklan tersebut telah membuat setting supaya iklan tersebut hanya dilihat oleh lelaki yang telah berkahwin, lingkungan umur dari berapa ke berapa.. apa yang anda suka baca, taraf pendidikan, status pekerjaan dan banyak lagi.. kalau produk wanita pula, dah tentu pengiklan akan set supaya iklan mereka hanya dilihat oleh wanita.. Jadi kalau anda berasa tidak selesa dengan sesuatu iklan, tak perlu maki hamun di page tersebut… atau buat status

“benci betul la aku ngan orang yang jual catuaba ni.. tiap-tiap hari menyemak kat wall aku…”

Takde gunanya maki hamun atau buat status macam tu.. pengiklan tak terkesan pun.. malah status tu menunjukkan kebodohan anda sendiri.. 🙂

Cara nak hilangkan senang je…

Mula-mula klik seperti dalam gambar ni..

cara hide iklan facebook
Klik pilihan samada : i dont want to see this atau hide all ads from ******

iklan facebook

Kadang-kadang, sesetengah produk tu diiklankan oleh ramai orang, jadi mungkin anda akan nampak iklan yang lebih kurang sama muncul lagi di wall anda.. jadi kalau nak hilangkan juga, lakukan perkara yang sama..

Iklan di sebelah kanan pun sama, anda boleh hilangkan iklan tersebut dari wall anda. Guna cara yang sama. Cuma tempat nak klik tu tak nampak, jadi gerakkan je mouse ke sebelah kanan iklan sampai keluar tanda pangkah camni

2

Klik butang tersebut dan buat pilihan macam tadi..4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN