Cara melakukan sujud syukur

Kita selalu melihat orang melakukan sujud syukur selepas memenangi sesuatu pertandingan samada dalam acara sukan ataupun hiburan. Niat tu bagus, cuma kadang-kadang cara dan adab sujud syukur itu sendiri tidak dilakukan dengan cara yang betul. Yang menjadi masalah sekiranya cara yang salah itu terus menjadi ikutan dari generasi ke gererasi yang seterusnya. Sedikit info dan cara melakukan sujud syukur yang betul..

DEFINASI

 Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

 

Waktunya

 Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

 

Dalilnya

 Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. Rukunnya 1. Niat 2. TakbiratulihraM 3. Sujud 4. Memberi salam

 

Syarat-syaratnya

 Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :

a. Suci dari hadath besar dan kecil

b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat

c. Menghadap ke kiblat

d. Menutup aurat

 

Cara-cara melakukannya.

1. Niat, “SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA”

2. Mengangkat takbiratulihram, “ALLAHUAKBAR”

3. Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

 

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3 KALI

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

CONTOH DOA

a. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

b. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

c. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

d. YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN DIRIKU UNTUK MELANGKAH KE ALAM YANG BARU.

e. YA ALLAH, KAU MUDAHKANLAH URUSAN WARGA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN, MELAKA YANG TELAH MEMBERI AKU PELUANG BELAJAR DI ALIRAN INI.

f. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

3. Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

 

SUMBER: http://en.netlog.com/danishshark73/blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN