Cara menyediakan jus daun betik untuk ubati demam denggi

pokok betikDaun betik telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berbad-abad. Kajian klinikal telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan, kementerian kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa jus daun betik segar didapati mempunyai kesan menambahkan sel darah kuning (platelet) pada pesakit demam denggi. Kajian juga mendapati bahawa is selamat untuk diminum jika disediakan dengan cara yang betul dan bersih.

 

Langkah-langkah penyediaan jus daun betik.

 

  1. Sediakan tempat untuk proses penyediaan jus daun betik yang bersih.
  2. Ambil 2 helai daun betik matang dan buang tangkai daun. Basuh daun dengan air bersih yang mengalir.
  3. Rendamkan daun dalam bekas berisi air untuk 15 minit.
  4. Bilas daun dengan air bersih sekali lagi.
  5. Toskan / keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan.
  6. Potong daun segingga menjadi kepingan kecil.
  7. Kisarkan daun dalam pengisar jus TANPA tambah air atau tumbuk kepingan daun betik TANPA tambah air sehingga halus.
  8. Tapis untuk asingkan jus dan hampas.
  9. Siap untuk diminum

Cara pengambilan jus daun betik

  1. Tuang jus ke dalam sudu besar.
  2. Minum jus daun betik sebanyak dua sudu makan.

Peringatan

  1. Amalkan pengambilan jus daun betik sekali sehari untuk 3 hari berturut-turut sahaja.
  2. Digalakkan mendapat nasihat doktor sebelum memberi jus daun betik kepada kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke bawah.
  3. Pengambilan jus daun betik adalah rawatan sampingan dan BUKAN rawatan khas untuk demam denggi.


Detail tentang kajian jus daun betik : KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN