Cara nak reset samsung tab 7.0 plus jika terlupa patten password

Salah satu ciri menarik yang ada pada henfon atau Tab Samsung ialah kita boleh unlock gajet tersebut menggunakan pattern (iphone pun ada sebenarnya). Tak perlu taip password, hanya buat pattern sendiri sebagai password. terpulang kepada kita nak buat pattern camana. Yang jadi masalah jika terlupa pattern, memang masalah. tetapi yang bagusnya, kita boleh lagi unlock gajet tersebut dengan memasukkan emel (gmail) yang didaftarkan untuk gajet tersebut berserta password emel tersebut.


Kalau ingat emel dan password masalah tu kira settle la. Yang betul-betul jadi masalah kalau emel ngan password tu pun kita lupa… ha.. yang ni betul-betul masalah. tapi jangan risau.. masih boleh settle lagi.. kalau bawak henfon atau gajet tu ke kedai, siap la kena paw RM50-Rm100, padahal benda senang je… tanya je pakcik google, tapi jenuh jugak la kan???

Sebenarnya senang je nak reset balik henfon tu… kacang je orang kata. Kita boleh buat reset keras 🙂 (hard reset dalam bahasa inggerisnya). Maknanya kita akan reset balik gajet tu ke setting kilang, maknanya segala gambar, mp3, contacts dan segala macam yang kita simpan dalam henfon tu akan hilang. Yang boleh diselamatkan kalau kita simpan dalam memory card / emel..

ok, ni cara untuk hard reset samsung tab 7.0 plus, kalau henfon lain… lain caranya. Nak kena google la sikit. Tapi basic dia lebih kurang je. Yang tak sama butang yang nak kena tekan tu..

1. Pastikan tab dalam keadaan off.
2. Tekan volume up dan power on pada masa yang sama. tunggu sampai keluar lambang android baru boleh lepas.
3. Tekan volume up / down untuk pilih >>> wipe data / factory reset.
4. Tekan Power untuk pilih.
5. Tekan volume up/ down untuk pilih >>> Yes – delete all user data.
6. Tekan Power sekali lagi untuk pilih.
7. Tekan Power lagi sekali untuk >>> reboot system now.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

  1. August 1, 2013    

    Dah banyak kali saya ambil imput dari blog awak untuk tesis saya … rasanya kurang sopan kalau x minta izinkan ? maaf kerana baru nak minta izin .. anyway .. tahniah .. idea awak memang terbaik 🙂

  2. ina ina
    May 5, 2014    

    nak tumpang bertanya dan minta tolong :)camne nak unlock hndphne htc aria kalo dah terlupa pattern..tq

  3. GG GG
    August 30, 2014    

    cam ane utk zte

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN