Posts in category bahasa

Apa itu fn+fk

wpid-papanhitam-cikgu.jpgDah lama tak mengajar subjek bahasa melayu, hari ni kerja rumah Adam kena cari ayat yang ada fn+fk. Dah lupa apa itu fn dan fk. Jawapannya kita google… 🙂

fn ialah Frasa Nama yang boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; ayah, ali, murid, guru, kedai, pejabat, bangunan, pemain golf, peguam bela, imam besar.

fk ialah Frasa Kerja yang juga boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; makan, minum, belajar, menjaga, bertolak ansur, bertanggung-jawab.

Contoh ayat yang mempunyai frasa fn+fk pula;

  1. Pegawai polis menjaga keamanan negara.
  2. Kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik.
  3. Anas memakai baju tebal.
  4. Pokok teh ditanam di lereng-lereng bukit.
  5. Pelajar itu bertolak pulang ke Ipoh.

Sekian pelajaran ringkas tatabahasa tahun 1 kita hari ini.. 🙂

Sistem pemenggalan waktu

Makluman dan tindakan untuk semua

Sistem pemenggalan waktu
(Sumber DBP)

Tengah hari – dari pukul 12.00 hingga 1.59
Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59
Malam – dari pukul 7.00 hingga 11.59
Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59
Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini.
‘Biasakan yang betul, betulkan yang biasa’

Terima kasih.
ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Sumber: whatsapp

Harapkan pegar, pegar makan padi

Lepas habis Maharaja Lawak Mega, Astro sekarang buat satu program lawak baru iaitu Skool Of Lawak. Best gak layan Skool Of Lawak ni, kena plak pengacara dia gandingan Johan dengan Jep Sepahtu. Malam ni tertengok sesi kelas diorang.. Bagus juga Sabri Yunus ni, beliau membangkitkan tentang kesalahan dalam peribahasa… (Belum disahkan salah oleh DBP)

Yang sempat aku dengar tadi peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” sebenarnya ialah “harapkan pegar, pegar makan padi”…

Memang dari dulu kita gunakan peribahasa tu sebagai “pagar”… Menurut beliau… Sebenarnya, mana ada orang pasang pagar di sawah padi. Jadi macam mana boleh timbul pagar makan padi?? Menurut DBP, pegar ialah sejenis burung… Jadi memang sesuai pegar boleh digunakan disitu

Ni yang aku dapat dari Kamus Online Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN