Posts in category berita

Penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Berkaitan Isu Prabayar

skmmMCMC PERJELAS ISU GST PRABAYAR PUTRAJAYA,

Jumaat, 3 April 2015 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beserta pembekal komunikasi Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile hari ini menjelaskan isu sekitar GST bagi perkhidmatan prabayar.

“Saya telah diberi taklimat oleh celcos mengenai perkara ini. Sejak dari mula, perkhidmatan komunikasi tidak termasuk dalam senarai barangan yang dikecualikan atau zero rated daripada GST, bermakna pengguna perlu membayar GST untuk perkhidmatan ini. Ini termasuk isian semula prabayar,” kata Dato’ Sri Dr Halim Shafie,

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dr Halim menegaskan bahawa isian semula prabayar tertakluk kepada GST dan ini mematuhi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Menurut Dr Halim, nilai prabayar adalah sama dengan nilainya sebelum pelaksanaan GST; bezanya hanyalah GST ditambah kepada amaun prabayar. Menurut keempat-empat pembekal perkhidmatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bersetuju dengan cara pelaksanaan GST keatas isian semula prabayar seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung semalam di antara Jabatan Kastam dan wakil daripada keempa-empat pembekal perkhidmatan komunikasi.

Pun begitu, bagi meringan beban terhadap pengguna, sebagai langkah peralihan, para pengguna yang mengisi semula RM5.00 ke atas akan mendapat nilai tambahan yang melebihi GST 6% yakni dalam bentuk minit dan mesej teks percuma.

Tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan. Satu kajian akan juga dijalankan oleh pembekal perkhidmatan komunikasi bagi menilai sama ada pengguna cenderung kepada nilai isian semula yang lebih rendah dimana GST akan dikenakan.

Contohnya, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 tambah GST 6%) atau RM10.00 (isian semula RM9.43 tambah GST 6%). Sementara itu, pihak industri sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta MCMC dalam membangunkan pakej jalur lebar yang lebih mampu dimiliki oleh rakyat. Pengumuman dijangka dibuat pada pertengahan bulan April.

Penjelasan Pengarah Jawi berkaitan wang hantaran anak perempuan PM

Kenyataan Media Pengarah JAWI, Tn Haji Paimuzi bin Yahya berkenaan isu viral surat perakuan nikah anak perempuan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

hantaran sebenar anak najib

hantaran sebenar anak najib 2 hantaran sebenar anak najib 3

Wallahuaklam

Harga baru tambang bas berkuatkuasa 15 Mei, tambang teksi dan kereta sewa naik serta-merta

Menurut Bernama, tambang teksi, kereta sewa dibenar naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa SERTA MERTA, tambang bas ekspres naik 22.6 peratus BERMULA 15 Mei 2015. Arahan itu telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan awam Darat.

Ni contoh kenaikan tambang bas dari Kuala Lumpur ke beberapa destinasi seluruh Malaysia. Kenaikan ini akan bermula 15 Mei 2015.
tiket bas baru bermula mei 2015

tambang baru teksi

Apa lagi nak naik lepas ni???

Bercukurlah Malaysia masih aman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN