Posts in category Diari

Mesej dari maybank. Ingatkan scam

RM0.00 MBB: For security reasons, online purchases on Debit/Prepaid Cards will be disabled wef 1/1/16. To enable, SMS ONCNP[space]12-digit IC  to 66628. Thank you

image

Beberapa hari lepas dapat SMS camni, ingatkan scam.. tapi rupa-rupanya memang betul. Baru lepas call maybank untuk pastikan hal ni dan memang SMS ni dari mereka.

Bermula 1 Januari, pihak Maybank akan menyekat semua penggunaan kat debit dan kredit untuk pembelian online. Ini kerana terlalu banyak kes penipuan transaksi online yang berlaku.

Untuk mengaktifkan semula kad senang je, just taip ONCNP[jarak]12digit.nombor.ic HANTAR ke 66628

Then dapat SMS camni

RM0.00 Thank you for registering. We will process your request within 2 business days.

Dia suruh tunggu 2 hari bekerja untuk proses. Tunggu tau, jangan gi mana-mana.. :mrgreen:

Senang, murah dan cepat dengan Uber

image

First time naik uber. Sebab apa pilih Uber?

1. Lebih murah daripada teksi biasa. Kebetulan sekarang ada promosi hanya RM75 dari Klia ke KL. Biasanya RM90 kan banyak jimat tu. Kalau pakai teksi? Gi la tanya sendiri berapa harga dari Klia ke KL. :mrgreen:

2. Ada promo kod. Boleh dapatkan promo kod daripada kawan-kawan. Dapat free ride berjumlah RM20. Kalau nak kod uber free ride saya boleh ambik kod ni wanf37ue. Dah jimat lagi RM20 kan? RM75-RM20.. so kena bayar RM55 je dari Klia ke KL. Jimat ke jimat? :mrgreen:

3. Tak perlu bawak cash. Cukup bawak handphone je nak gi mana-mana. Dan pastikan handphone ada line internet. Kalau tak, camana nak request kan? :mrgreen:

4. Cepat dan pantas. Tak sampai 1 minit pemandu Uber terus sampai. Tak payah tunggu lama-lama. Tak yah susah-susah nego harga semua.. lokasi pun dah sent siap-siap thru Uber app.

5. Lebih selamat berbanding naik teksi biasa. Kenapa lebih selamat? Sebab rekod perjalanan kita semuanya disimpan di dalam database Uber. Lokasi pick up, nama pemandu, gambar pemandu, nombor kenderaan dll.. semuanya ada. Jadi memang tak perlu risau dengan kes-kes rogol, rompak semua.

6. Kereta baru dan pastinya bau wangi. Pihak Uber telah menetapkan, hanya kenderaan yang berumur kurang 5 tahun dibenarkan untuk menyertai mereka. Pemandu Uber sentiasa memastikan kereta mereka bersih dan wangi untuk mendapatkan rating yang baik daripada penumpang.

7. Pemandu Uber memang mesra dan ramah. Sebab apa? Mereka kena mesra untuk dapatkan rate 5 bintang. Selepas sampai ke destinasi, kita diminta untuk memberikan bintang terhadap pemandu tersebut. 5 bintang bermaksud kita sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka. Dan rating ini sangat bermakna untuk mereka. Jika mereka dapat banyak feedback negatif atau 3 bintang ke bawah, mereka tidak akan dibenarkan untuk memandu berama Uber. Pengiraan rating ni secara average. Bukannya sekali dapat 3 bintang terus kena pecat.. ada la cara diorang kira.

image

Receipt Uber termasuk tol dari Klia ke depan pintu rumah

Nak jadi uber partner atau pemandu Uber? Klik sini untuk details http://ceritawan.com/tag/cara-nak-jadi-pemandu-uber

CARA NAK DAFTAR UBER;

  1. Bukan google play (android) atau apple store (iphone)
  2. Cari “uber” dan download.
  3. Register akaun anda. Paling senang register guna akaun facebook anda. Klik ikon Facebook dan ikut step yang diberi.
  4. Masukkan details kad debit atau kredit anda.
  5. Dah boleh guna. Masukkan kod wanf37ue di bahagian Promotions untuk kredit RM20.

 

CARA NAK REQUEST KERETA UBER.

  1. Aktifkan GPS phone anda.
  2. Bukak app Uber.
  3. Login
  4. Set pick up location. ( anda dah boleh tengok berapa lama kereta uber boleh sampai ke lokasi anda).
  5. Klik Get Fare Estimate untuk dapatkan anggaran harga. Masukkan lokasi anda nak pergi.
  6. Jika setuju dengan kadar yang diberi, klik Request uberX. Kalau ada promo kod, masukkan promo kod dalam ruang yang disediakan.
  7. Tunggu je di lokasi pick up yang anda tetapkan tadi

Mohon alihkan kereta

Handsome gak dari atas.. 🙂

image

Gambar ni ditangkap oleh bos sebab parking merata-rata. “Mohon alihkan” katanya.. Baik bos.. (jawab dalam hati).. 🙂

Dalam bulan ni baru sekali ni je parking bersepah. Tapi nak buat camana, hari ni boss rajin pulak meronda. Nak melenting??? Buat apa??? Memang salah sendiri pun parking merata-rata. Mengaku je la kan?

Walaupun kita menang kalau gaduh dengan bos, nak buat kerja pun susah lepas ni. Silap-silap kena tukar…

Walaupun kita menang kalau gaduh dengan kawan, tiap-tiap hari jumpa juga. Camana nak kerja dengan tenang…

Walaupun kita menang kalau gaduh dengan ahli keluarga, pergi mana pun dia tetap keluarga kita. Camana nak bersemuka waktu balik kampung ataupun kenduri kendara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN