Posts in category info

Tema Hari Kebangsaan 2015

Sehati Sejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58. Tema ini dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia.

image

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 #sehatisejiwa

Lirik Lagu Tema Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

 

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa
Komposer : Yuri Edris
Lirik : Siso (Kopratasa)
Penyanyi : Alif Satar & Gemersik Korus

Hanya Touch & Go dan Smart Tag di Tol Gombak dan Bentong

Mulai 9 September 2015, pengguna lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang melalui Tol Gombak dan Bentong diwajibkan menggunakan kad Touch n Go atau pun Smart Tag sahaja. Tiada lorong tunai lagi akan dibuka di tol tersebut.

Info tersebut dimuatnaik di laman twitter mereka sebentar tadi.

tol gombak guna tounh ang go

Jadi, sesiapa yang sentiasa menggunakan tol-tol tersebut boleh bersiap-sedia dari sekarang, tak rugi pun kalau guna kad Touch n Go.

Kalau nak senang, jadikan sahaja MyKad anda sebagai kad Touch n Go. Pergi je kat mana-mana kaunter top-up dan buat isian. Terus boleh guna MyKad sebagai kad Touch n Go. Tapi sebelum tu, pastikan Mykad anda adalah yang terbaru dan mempunyai logo Touch n Go di belakangnya.

mykad touch n go

Selain tu, kad Touch n Go juga  boleh digunakan di tempat-tempat berikut:
-Pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL
-Tempat letak kereta terpilih.
-Taman tema terpilih

 

Skim Bantuan Membaiki Rumah Baitulmal MAIWP 2015

Skim Bantuan Membaiki Rumah Baitulmal MAIWP 2015 diadakan untuk membantu Golongan Asnaf membaiki kediaman dan rumah mereka.

Inisiatif Bantuan Membaiki Rumah ini ditawarkan kepada warga Wilayah Persekutuan  sahaja. Walaubagaimanapun, mereka yang berada di negeri-negeri lain boleh menghubungi baitulmal negeri masing-masing untuk mengetahui bantuan yang boleh diterima oleh mereka yang layak.

Antara syarat untuk memohon bantuan membaiki rumah ini ialah:

1. Islam.
2. Warganegara malaysia.
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetep di Wilayah Persektutuan.
4. Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah.
5. Rumah tersebut mestilah terletak di Wilayah Persekutuan.
6. Mesti memiliki geran tanah sendiri
7. Pemohon tidak memiliki lain-lain rumah di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi
Talian bebas tol baitulmal MAIWP : 1800 88 5222
Hotline jejak Asnaf: 012-518 3614 / 012-512 7614
atau layari www.maiwp.gov.my

Antara bantuan lain yang diberikan oleh pihak baitulmal MAIWP ialah:

  1. Skim Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang
  3. Skim Bantuan Deposit / Sewa Rumah Bulanan
  4. Skim Bantuan Membaiki / Membina Rumah
  5. Skim Bantuan Deposit Pembelian Rumah Kos Rendah
  6. Skim Bantuan Haemodialisis / Peralatan Kesihatan / Perubatan Am
  7. Skim Bantuan Deposit Motosikal Oku
  8. Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  9. Skim Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  10. Skim Bantuan Perniagaan / Pertanian / Perikanan / Penternakan
  11. Skim Bantuan Perkahwinan
  12. Skim Bantuan Guaman Syarie
  13. Skim Bantuan Musibah
  14. Skim Bantuan Kecemasan
  15. Skim Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  16. Skim Bantuan Persediaan Sekolah
  17. Skim Bantuan Am Persekolahan
  18. Skim Bantuan Persediaan IPT (Sepenuh masa sahaja)
  19. Skim Bantuan Am Perlajaran IPT
  20. Skim Bantuan Tuisyen (Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja)
  21. Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN