Posts in category kongsi

Tips menjadi kaya dalam masa 3 hari

Benda yang baik, elok kita kongsikan dengan rakan-rakan.

Bukannya siang malam duk selfie, hasilnya kat timeline bersepah gambar-gambar mengalahkan artis. Dapat apa? Pujian manusia? Hasilnya? Kalau dapat derma RM2.6bilion ok gak.. ­čÖé

Tips ini dikongsi oleh Puan Felinna Nadea ed Fattah (official) di FB beliau. Bagus untuk diamalkan dan InsyaAllah jika amalkan dengan bersungguh-sungguh anda akan dapat merasai kesannya.

Tips kaya dalam 3 hariKAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni?

SUMBER

Suasana di dalam AK278 ketika dilanda ribut

brunei dilandaributKapal terbang sepatut mendarat 3.30 petang, tapi gagal mendarat. Brunei menyambut AK 278 dengan ribut.

Kapal terbang terhuyung hayang mendekati lapangan terbang Brunei. Tayar sudah dikeluarkan namun angin menggoncang kapal terbang mengalahkan bas RAPID B114.

Kapal terbang sedikit terjunam. Ada wanita yang membaca ayat al-Quran dengan kuat sehingga kedengaran seluruh perut kapal. Orang putih di belakangnya tersenyum sinis, mungkin dia tak rasa keadaan ini akan berlanjutan hingga 40 minit seterusnya.
 
Kapal terbang segera dinaikkan segera dan gagal mendarat. Ribut makin ganas. Tayar kapal terbang dimasukkan kembali. Kami bertarung dengan ribut. Kapal terbang terhuyung hayang cuba keluar dari awan gelap pekat.
Selepas 5 minit kapal terbang bergegar keras. Saya lihat bumbung kapal bergegar macam nak tanggal pun ada. Badan bergoncang ke kiri dan kanan.
 
Bacaan al-Quran wanita tadi menenangkan sedikit hati saya. Namun orang putih sudah tak senyum lagi.
Kapten Najib bersuara. Katanya AK278 tak berjaya mendarat dan terpaksa menangguhkan pendaratan. Kami terpaksa berlegar-legar di atas laut yang kelihatan bergelora, sangat dekat dan jelas kelihatan.
Kata Kapten Najib, mereka sedang memikirkan jika AK278 perlu mendarat di kawasan lain namun akan memberitahu kami jika sudah membuat keputusan.
 
Untuk kali ketiga, kapal terbang bergoncang. Kali ini kami seolah-olah hampir terjunam. Kapal terbang kami tak stabil, sayap kanan dan kiri ditolak angin macam kapal terbang kertas.
Kali ni penumpang menjerit Allahuakbar. Dia tak berseorangan. Penumpang yang beragama Islam turut sama bertakbir dan bertahlil.
 
Kali ni tubuh saya menggeletar. Saya nak menangis. Saya teringat mak. Pertama kali saya rasa saya tak ada harapan hidup langsung. Saya berdoa minta Allah beri peluang saya sekali ini untuk hidup.
Jika saya belum layak masuk syurga sekarang ini, saya mohon agar diberi sedikit masa lagi untuk bersungguh-sungguh bertaubat. Tapi terfikir juga mati di bulan Ramadhan adalah rezeki.
 
Kali ini, penumpang Kristian berdoa mengikut cara masing-masing. Ada penumpang Cina sedang menangis. Ada saya nampak seorang lelaki Melayu juga menangis.
 
Saya pun nak menangis. Tapi saya tahan. Badan saya tak berhenti menggeletar. Jantung saya macam nak pecah. Agaknya mesti pucat muka saya kerana saya lihat tangan saya putih tak ada darah.
Kali ke-empat, kapal terbang bergoncang lagi. Berkali-kali kapal terbang cuba masuk ke ruang udara Brunei tapi gagal, kerap kali diserang ribut.
 
Selepas 40 minit berlegar di udara dan berperang dengan ribut. Malah 2 kali kapal seolah-olah hampir terjunam, kapal terbang mengeluarkan roda ingin mendarat.
Pendaratan dilakukan dalam keadaan sangat bahaya. Sangat tak stabil dan masih terhuyung hayang ketika menghampiri darat. Akhirnya roda terhentak kuat, semua orang terjerit kecil.
 
Dan alhamdulillah kami selamat. Kapten Najib terus berucap sambil mengucapkan alhamdulillah. Mendengar ‘alhamdulillah’ keluar dari kapten, saya dan penumpang lain hampir menitiskan air mata.
Kami semua lega dan bersyukur. Muka masing-masing pucat.
 
Mak, nomi lupa nak minta maaf. Status akhir nomi tadi nomi hanya cakap nomi sayang mak. Tadi nomi ingat nomi tak sempat minta maaf dengan mak. Mak, maafkan semua salah nomi dan halalkan susu mak dan segala apa yang mak pernah bagi pada nomi.
 
Dan mohon maaf buat semua sahabat.
Brunei ribut. Tempahan hostel dibatalkan kerana Kg Ayer juga terjejas dengan ribut. Sana sini pokok tumbang. Maaf nanti saya ‘update’ lagi.
 
Gambar di  diambil orang Brunei dari arah offshore di ruang laut Brunei. Kami berada dalam awan itu tadi.

SUMBER: FB Normi Binti Ahmad Shafie

Lihat panorama sekitar Kaabah dengan dekat

depan kaabahSubhanallah.. Dengan teknologi yang ada, gambar-gambar di sekitar Kaabah ini membuatkan kita terasa macam betul-betul berapa di Kaabah. Terima kasih kepada siapa yang membuat gambar-gambar ni. Semoga kita semua akan sampai di sana suatu hari nanti.. Amin..

  1. http://t.co/2nR7badBOR (depan Kaabah)
  2. http://t.co/O9YCtLVLOI
  3. http://t.co/v9xlileXg3 (Hijir Ismail)
  4. http://t.co/oXrRxuqJXP
  5. http://goo.gl/j2BSF0 (atas Kaabah)

Sila bukak link di atas satu-persatu. Jika anda menggunakan smartphone gerak-gerakkan telefon anda untuk melihat keadaan sekeliling. Kalau guna laptop atau PC, sila gunakan mouse untuk lihat sekeliling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN