Posts in category memancing

Semua dah siap..

20120525-181720.jpg

Sejak semalam, nak update blog pun takde perasaan… Jiwa je ada kat KL, tapi raga dah pun sampai kat Taman Negara… Biasa la kan… Eksaited.. Tambah pulak hari ni kena handle untuk permainan bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah… Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik…

Ni mungkin entry terakhir sebelum ke sana.. mungkin je la… Kalau ada kemudahan, ada la entry lagi… Tapi yang pasti, bermula esok sampai 28… Memang takde entry… Hekeleh… Ada orang kisah ke?? 🙂

Barang semua dah pack dalam dry bag (hyper hear 20 liter), senang.. Takyah nak risau kalau ujan ke… Bot terbalik ke.. Memang konfirm takkan basah punya… Cukup la stok untuk 3 hari…
20120525-181220.jpg READ MORE »

Bersiap untuk ke Taman Negara

20120524-010918.jpg

25 hingga 28 Mei ni, aku dan rakan-rakan GP1adventure akan ke Sungai Keniam untuk memancing kelah kat situ.. Dah lama program ni dirancang dan setakat hari ni mengikut perancangan yang dah dibuat..

Selama 4 hari tu la jugak blog ni takkan berhupdate… Huhuhu… Tapi kalau blog ni berupdate dalam masa tu, tu maknanya hantu raya aku update 🙂 . Kat dalam Taman Negara tu, jangan kata line internet, line telefon pun takde… 🙁

Ok, Ni check list untuk memancing di Taman Negara, mana tahu esok lusa korang plak nak gi mancing kat sini. Jadi check list ni boleh dijadikan panduan..

1. Rod & Reel yang bersesuaian.
2. Tali main line 25 – 40 lbs mono.
3. Mata kail Daichi saiz 16.
4. Klip gelap.
5. Batu penabur.
6. Perambut.
7. Umpan Sawit.
8. Umpan lain (cengkerik / ubi kayu / umpun-umpun)
9. Mata udang.

Kelengkapan peribadi pula:
READ MORE »

Memancing di Tanjung Karang lagi…

Hari ni sekali lagi ke Tanjung Karang.. saje layan ayah mertua mancing.. Ye la kan.. kawan-kawan ajak boleh je pergi.. takkan ayah mertua ajak tak nak pergi.. Kali ni umpan umpun-umpun je. Kami ke sini bertiga.. aku, ayah mertua ngan adik ipar.. dia asal orang sini.. jadi senang la, nak cari umpan pun senang..

Misi pertama gi beli umpan.. dia bawak gi beli umpun-umpun kat Lorong Teratai Kiri, Jalan Bomba, Tanjung Karang.. Siap ada size tu..
image
saiz s…

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN