Posts in category memancing

Memancing di Pulau Sembilan

Kali ni aku dan beberapa rakan ke Pulau Sembilan pulak untuk memancing. 5 orang je yang boleh join… Aku, Fatah, Nik, Rahim dan Abang Sani.. Yang lain tak ikut.. Kucing nak beranak la… Nenek nak kawin la… ­čÖé

Pulau ni terletak bersebelahan dengan Pulau Pangkor, Perak. Tempat ni, dahulunya terkenal sebagai tempat memancing dimana ikan-ikan ‘mahal’ dan gred A berkampung.. Tapi menurut boatman, sekarang dah kurang.. Ada lagi, cuma nak dapat ikan yang betul-betul besar dan lumayan tu susah la… Tapi alhamdulillah… Kami dapat juga ikan walaupun tak banyak…

Pergi memancing ni, objektif utama mestilah nak dapat ikan kan?? Tapi sebab kedua aku ikut sebab nak release tension.. Duduk kat laut 2 hari.. Relax kepala otak.. Tenang je fikiran.. Duduk kat laut ni, kita juga dapat menghayati kebesaran tuhan… Betapa luas bumi Allah.. Betapa indah ciptaan Allah.. Betapa kerdilnya kita dengan kuasa yang dimilikiNya…

READ MORE »

Aku seorang nelayan – Kuala Selangor – Part 1

Tengok tajuk, teringat karangan waktu sekolah rendah dulu. Aku sebatang pen, atau pun aku sepasang kasut… Hahaha.. Karangan febret waktu sekolah rendah. Hari ni, tajuk karangan kita, aku seorang nelayan… ­čÖé

Hari ni, cuti sempena hari pertabalan DYMM Agung yang baru,.saje la ikut member gi mancing. Nak kata minat tu takla, saje suka-suka ikut. Bukan pandai pun mancing, tapi boleh la layan…

Kul 2.30 pagi dah kuar dari rumah. Tapi biasa la kan, janji melayu.. Kul 3.30 pagi baru gerak dari rumah. Terus shoot ke Klang sebab nak beli umpan. Beli umpan mati dulu, lepas tu ke Tanjung Harapan kat Pelabuhan Klang plak beli umpan hidup..

image
Alamak, tutup la.. Camana ni??? cari kat tempat lain la.. Apa lagi.. Pusing punya pusing area tu, semua tutup lagi.. Baru pukul 4.30 pagi kan.. Semua orang tengah syok beradu la…
READ MORE »

Keperluan untuk memancing Kelah di Taman Negara

Mengikut perancangan, bulan 5 ni kami akan memancing pula di Sungai Keniam, Kuala Tahan. Tempat ni boleh dikatakan lubuk kelah dan bagi yang nak merasa bawak naik kelah, boleh la pergi ke sini. Nak pergi ke tempat macam ni, persiapan rapi sangat perlu. nasib baik trip ni diuruskan oleh yang biasa dengan tempat ni. Ni antara keperluan yang perlu dibawa nanti.

  • Barang peralatan dapur seperti dapur, gas, periuk belanga disediakan oleh boatman
  • Tukang masak tiada (masak sendiri)
  • Barang basah kena beli
  • Mata kali Daichi 16, mastard size terpulang (jenis hitam kalau putih ikan takut kat sini) READ MORE »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN