Posts in category mengayuh

UPM MTB Fête 2012

Lama betul tak mengayuh.. rindu plak nak kayuh basikal… tolak basikal… angkat basikal… tengok nombor bertuah… 🙂

Event terdekat selepas raya, kat UPM Serdang. Nampak macam menarik, penaja pun banyak. Tak dapat basikal, dapat motor EX5 pun ok.. hehehe.. nak menang tu memang toksah mimpi la..
image

Jamboree UPM ini dikenali sebagai UPM MTB Fête

Apa itu Fête?

Fête ialah perkataan Perancis bagi Jamboree, Bash dan Carnival. Perkataan Jamboree, Bash dan Carnival sudah selalu digunakan, maka dengan itu Fête digunakan sebagai kelainan untuk aktiviti kayuhan UPM MTB pada kali ini. Fête masih menggunakan konsep kayuhan yang sering dijalankan pada mana-mana Jamboree dengan kelainannya adalah akan ada sambutan sebelum, semasa dan selepas kayuhan.

Untuk maklumat lanjut tentang Jamboree UPM ni boleh tengok sini..

ECC MTB Nite Jamboree 2012 “Burung Hantu Ride” kembali…

20120808-220835.jpg

Macam baru je join Jamboree Burung Hantu ni. Dah dekat setahun rupanya.. Event nite ride ni antara event yang ditunggu-tunggu oleh rider dari seluruh Malaysia. Memang meriah dan terbaik. Untuk tahun ni pun harap-harap menarik jugaklah.

Tempat permulaan pada tahun ni di tukar ke Dataran Air Keroh, berbeza dengan tahun lepas. Kayuhan ini akan diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2012. Untuk info lanjut, klik sini

Belia Selangor MTB Fun Ride 2012

Hari ni sekali lagi aku dan rakan-rakan GP1Adventure Team sertai kayuhan basikal. Kali ni di Batang Kali iaitu Kayuhan Belia Selangor MTB Fun Ride 2012. Nama pun fun ride, jadi kami ke sini pun just for fun la… 🙂 saje seronok-seronok kayuh ramai-ramai… bukan nak menang.. janji habis, janji berpeluh, cukup…

Kayuhan ni tak jauh mana.. 30km je.. trek lebih kurang 70% offroad dan 30% onroad.. Best jugak trek ni.. Banyak roller coaster.. Bukit yang tinggi tak banyak sangat.. boleh la layan.. Waktu mula sepatutnya 8.30, tapi orang dah mula, kami baru sampai.. mana nak tukar baju lagi.. cari nombor lagi.. setting basikal lagi.. yang belum sampai pun ada.. akibatnya.. kul 9.15 baru boleh mula… orang lain dah sampai mana ntah.. kami baru gerak.. tapi takpa, kata fun ride kan???

Dah mula.. cam biasa la.. penyakit krem mula melanda…

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN