Posts in category pendidikan

Telefon Altitude untuk guru-guru seluruh Malaysia


Hari ini, guru-guru di seluruh Kuala Lumpur dibekalkan peranti Attitude oleh pihak YTL bagi projek VLE Frog Fasa 2. Negeri-negeri lain akan menyusul secara berperingkat.

 Objektif pemberian ini adalah untuk memperkasa Pendidikan Malaysia.

1. Setiap guru akan menerima phone yang telah didaftarkan akaun Yes.

Telefon diberi bersama 2Gb data setiap bulan untuk tujuan pdp dan VLE. Guru hanya perlu menyambung phone laptop untuk membina site dan hantar tugasan kepada murid VLE di mana sahaja. 

Data tambahan juga diberikan sebanyak 2gb sebulan. Data ini boleh diakses secara berasingan. Guru hanya perlu menggunakan dongle atau peranti YES yang lain untuk menggunakannya. Hanya masukkan id dan passwordYES.

2. Panggilan dan SMS percuma ke semua nombor YES tanpa had.

3. Phone adalah menjadi tanggungjawab guru dan  hak milik YTL.

4. Phone perlu diserahkan kepada sekolah apabila tamat perkhidmatan atau bersara.

5. Dalam phone tersebut, guru-guru diminta muat turun aplikasi khas untuk penggunaan Frog VLE iaitu Frog Assignment, Frog Snap, Frog chat. Aplikasi membantu guru mengakses VLE dengan mudah dan pantas.

6. Di masa akan datang,  wifi akan di disabled dari zoom. Hanya peranti yang telah didaftarkan sahaja boleh mengakses interner menggunakan Zoom.

7. Guru perlu bersedia dan segera berubah ke arah aplikasi ICT dgn inisiatif kementerian ini.

Semuanya utk meningkatkan kualiti pendidikan.

Format UPSR 2016 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mendedahkan format UPSR 2016 dalam satu sidang media di Putrajaya hari ni. Pengarahnya, Datin Nawal Salleh berkata, perubahan format tersebut  membabitkan bentuk dan jenis soalan.

Menurut beliau lagi, soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“UPSR format baharu akan membabitkan 6 subjek dengan Bahasa Inggeris dipecahkan kepada dua kertas iaitu Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan,”

Berikut Format Baru UPSR 2016 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

format sains upsr 2016 format upsr 2016 sains FORMAT UPSR 2016

Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia

matrikulasi kpm

Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia

Latar Belakang Penjenamaan Semula Pusat Tingkatan Enam
Program ini merupakan satu inisiatif KPM untuk memantapkan pendidikan Tingkatan Enam dengan meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan ini setanding dengan pendidikan prauniversiti yang lain seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan adalah mewujudkan laluan pendidikan yang pelbagai bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru, dalam Gelombang 1, KPM berhasrat untuk mengukuhkan laluan pendidikan termasuklah pelan tindakan menjenamakan semula Tingkatan Enam.

Dengan Penjenamaan ini, sekolah yang menawarkan pelajaran tingkatan enam akan diberi kuasa untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif agar dapat mengupayakan pelajar sebelum memasuki universiti.

Sesungguhnya, penyediaan infrastruktur pendidikan yang lengkap merupakan perkara asas yang perlu disediakan bagi memastikan setiap murid Tingkatan Enam berpeluang belajar dalam keadaan selesa dan kondusif

Selain itu, murid Tingkatan Enam juga perlu mendapat peluang yang sama dengan pelajar program persediaan prauniversiti yang lain untuk mengembang bakat dan kreativiti mereka untuk menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal serta akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara.

Sehubungan dengan itu, inisiatif Kementerian mewujudkan Pusat Tingkatan Enam adalah amat wajar dan bertepatan dengan usaha menjenamakan semula pendidikan ini.

Murid tingkatan enam ini akan dikumpulkan dan ditempatkan secara berpusat, menggunakan pakaian yang berbeza dengan pakaian sekolah harian biasa, menggunakan jadual waktu yang berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan dalam kategori yang berlainan berbanding dengan sekolah arus perdana.

Persekitaran pembelajaran Tingkatan Enam yang lebih kondusif, menarik dan berkesan akan dapat membantu murid untuk menyiapkan diri bagi memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, United Kingdom. Ini bermakna, STPM diiktiraf oleh badan antarabangsa dan murid Tingkatan Enam adalah setaraf dengan lulusan pendidikan prauniversiti yang lain.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN