Posts in category pendidikan

Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2016

e-ssem 2016

Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2016 akan dibuka bermula 26 Mei 2015 sehingga 5 September 2015.

Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Untuk membuat permohonan, sila KLIK DISINI

Pekeliling Terbaru Berkaitan Cuti Rehat Khas

beritaSURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 1 TAHUN 2015 BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PEMBERIAN CUTI REHAT KHAS BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2005

Julat Markah Untuk Gred Sekolah Rendah dan Menengah mulai 2015

Julat gred 2015Terdapat perubahan besar dalam julat markah yang telah disiarkan di web SAPS. Pemarkahan baru ini sudah mula digunakan disekolah berpandukan sistem SAPS tersebut.

Walau bagaimanapun, julat markah bagi tahun 6/ 2015 masih menggunakan julat markah yang lama kerana tahun 6 / 2015 masih menggunakan kurikulum KBSR.

GRED UNTUK SEKOLAH RENDAH

Untuk Darjah 6, julat gred yang lama masih digunakan: (Murid KBSR)
80  – 100 = A
60 – 79 = B
40 – 59 = C
20 – 39 = D
01 – 19 = E
00 = TH

Untuk Darjah 4 dan Darjah 5, berikut ialah julat gred yang baru: (Murid KSSR)
85 – 100 = A
70 – 84 = B
60 – 69 = C
50 – 59 = D
40 – 49 = E
01 – 39 = F
00 = TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

Bagi sekolah menengah, julat pemarkahan dibahagikan kepada 2 iaitu Gred Menengah Rendah (tingkatan 1-3) dan Gred Menengah Atas (tingkatan 4 & 5)

 

GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1 HINGGA 3)

85 – 100 = A
70 – 84  = B
60 – 69  = C
50 – 59  = D
40 – 49  = E
01 – 39  = F
00 =  TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.

GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5)

90 – 100 = A+
80 – 89 = A
70 – 79 = A-
65 – 69 = B+
60 – 64 = B
55 – 59 = C+
50 – 54 = C
45 – 49 = D
40 – 44 = E
01 – 39 = G
00 – 00 = TH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN