Posts in category politik

Harga Jam Menteri dan Pemimpin Pembangkang Malaysia Tersebar

Harga seutas jam tangan dah boleh beli sebuah rumah

Jam merupakan antara koleksi peribadi yang paling disukai oleh ramai lelaki. Tidak hairanlah jika seorang lelaki memiliki lebih dari seutas jam tangan. Malah ada yang memiliki sehingga berpuluh-puluh utas jam tangan dan tidak mustahil memiliki beratus utas jam tangan.

Kaum wanita juga tidak terkecuali, tetapi kaum wanita mestilah lebih suka emas dan berlian kan??

Seorang yang bergaji RM1000-RM2000 mungkin akan membeli jam yang berharga RM200-RM500 sebagai koleksi, takkan nak beli yang berharga RM5000??? Apatah lagi yang berharga RM10000??? Zalim namanya tu. Dan kalau ada, mesti ada sesuatu yang tak kena.. ­čÖé

Semalam, tersebar gambar antara koleksi jam yang dipakai oleh tokoh pemimpin di Malaysia. Rajin pulak diorang mencari harga dia.

Mesti lama mereka ┬ámenabung sebab nak beli jam tu… Atau mungkin jam-jam tu adalah fake @ Jam Gred AAA… ­čÖé

Dengar kata, gaji mereka pun akan naik tak lama lagi.. untungla pengundi mereka… ­čÖé

Naik 40% pulak tu??? kita??? Brim kan ado… hahaha

< jam hishamuddin jam khairi jamaluddin jam mahadhir jam rosmah jam tgna jam zahidi jan najib
jam anwar

 SUMBER

Nota: Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,┬á┬ápenjodoh bilangan bagi jam tangan adalah ‘utas’. Utas juga boleh digunakan terhadap gelang, rantai, tali pinggang, ┬á– SUMBER

Komen Paling Pedas dan Berani Tentang GST Oleh Rakyat Malaysia

Komen slh sorg dlm FB Tan sri nua muso, kemah keming nyo buwi

image

Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih? Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST. Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.!

Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu..

Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan. Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo?

MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini.

So lagi, jange buat comparison dgn Australia. Ambo duk australia 4tahun doh Tan Sri. Duk bayar GST 10% selamo ni ambo relo sbb apo? Sbb australia ni bukan negaro Islam, ikut dio lah nk wat cukai pun. Ambo bayar atas dasar ambo kijo dale negaro dio, keno taat kpd pemerintah walau bukan Islam. Bezo dgn negaro Islam, tokleh kenakan cukai kpd org miskin. Terkecuali cukai tanah cukai kedai/perniagaan pendek kato cukai utk org kayo2 srupo Tan Sri je la buleh.!

Australia implement GST 10%, tgk fakta berkenaan Australia deh: pahtu baru pikir la nk wat comparison tuh.

Australia negaro paling tinggi menetapkan gaji minima iaitu sebanyak $15 per hour (gaji minima paling mahal di dunio).

Australia memberikan pendidikan percuma kpd citizen n PR. Sehingga ke peringkat PhD.

Elaun PR n citizen sehingga $2000 sebulan

Elaun anok2
Elaun jobless(penganggur) pun buleh pitih.!

Highway percuma tak terhitung byk dio. Highway berbayar pun paling mahal $6 jah

Freeway menghubung antara negeri ke negeri lain FREE! Rakyat bleh pilih ado 6 highway percuma kalu nk gi KL dari KB (contoh), kito? Jale rayo ado so jah. Masuk Karak keno tol puluh2 riyal. Bodo dok?

Elaun org tuo
Pensioners xperlu risau masa tua terjamin
Kuli batok pun pakai Honda Type R, cleaner pakai skyline, postman pakai Audi
Malaysia? Cleaner jale kaki.!

Public transport no.1 di dunio! Tram percuma (LRT percuma dlm bandaraya melbourne)

Train muroh
Flight muroh
Bus muroh

Harga kereta 10kali ganda lagi muroh berbanding Malaysia, even harga keto Proton pun muroh di Australia lagi. Tan Sri nok bahas isu proton dok? Mari ah.

Tahap keselamatan dlm negaro no.1 di dunia. Malaysia? Ragut rogol rompak samun bunuh hari2 masuk tv.! Jenayah tinggi, lagi mau wat GST, org miskin makin miskin, perkadaran jenayah akan meningkat, logik la kalu pahni kes samun 100kes sehari. Sbb rakyat lapar la gilooo.!! Gaji sikit, beban banyok.! Ekonomi mcm tahik tp cukai kiri kanan keno.! Bodo la puok mung nih duk wat babi apo dale Parlimen eh? Pikir nasib rakyat ko pikir pitih poket puok mung jah?

Tan Sri, just one word from me. Honestly…

BODO!

6 Gambar Kabin Jet Peribadi PM Sebelum Dinaik Taraf Dengan Kos RM28 Juta

Jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan pada 29 Mac 2010. Sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan Perdana Menteri.

Jet peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang, termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti berikut:

jet baru malaysia jet baru najib jet peribadi kerajaan malaysia jet peribadi pm jet pm 2 jet pm

Saya mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini. JPO membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Di dalam perjanjian pembelian di antara JPO dan Air Luther AG, salah satu syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5 bagi USD1). Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Saya memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar imaginasi rakyat Malaysia. Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Jika sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet peribadi baru ini adalah perlu demi keselamatan Perdana Menteri dan keluarga, apa pula alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaiktaraf kabin menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang? Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir

Artikel ini ditulis oleh:

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
23 MAC 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN