Posts in category rekod

Jambatan kedua Pulau Pinang terpanjang di dunia

image

Georgetown – Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Bercakap kepada Bernama semasa sesi lawatan ke projek jambatan itu di sini hari ini, Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

“Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara,” katanya.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

READ MORE »

Hanya untuk rekod

Post ni hanya untuk rekod peribadi je.. Boleh je set post ni sebagai private, tapi biar je la public, mana tau ada orang nak tengok ke???

Bukan nak tunjuk apa-apa.. Plan nak buat PS ni setiap 20 hari bulan, sebab blog ni wujud pada 20 haribulan Mac 2012. Maknanya pada 20 haribulan April yang lepas, baru genap sebulan la blog ni berada di sini. Setakat hari ni, ranking blog ni di Malaysia yang ke-16520, kira ok la tu.. Hehehe… Ranking dunia tak yah tengok la.. ­čÖé

20120424-223031.jpg

READ MORE »

Rekod untuk 10 hari ceritawan.com

20120410-231018.jpg

Alhamdulillah… Walaupun baru 10 hari blog ni wujud di alam maya ni.. Jumlah pv setiap hari dah melebihi 100.. Tak banyak mana pun jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain.. Tapi memadai bagi aku sebab blog ni baru je 10 hari.. Harap pv ni semakin meningkat hari demi hari… InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN