Posts in category sukan

Sebab utama kekalahan JDT

image

Aik?? Pak guard pun ada??? Patut pun Mat Yo tak leh wat pape malam tadi… ­čÖé

Papepun, tahniah untuk pasukan Kelantan kerana berjaya menewaskan JDT…

Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan pintasan jantung di IJN pada kira-kira jam 10.34 pagi tadi.

20120928-130126.jpg

Abdul Ghani begitu terkenal dengan gelaran Raja Bola Sepak meninggal pada usia 77 tahun. Allahyarham dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan.
Antara pencapaian Antarabangsa Abdul Ghani ialah juara Pestabola Merdeka 1958, 1959, 1960; pingat emas Sukan SEAP, 1961; pingat gangsa Sukan Asia 1962; tempat kedua Kejohanan Kelab Asia 1967 dan juara Piala Malaysia sebanyak 8 kali.

-BHarian

Al-Fatihah untuk allahyarham…

Video Namewee untuk Chong Wei

Namewee, memang terkenal sebagai artis yang suka dengan konstroversi. Beberapa hari yang lepas, kecoh pasal Namewee kena belasah, kali ni kecoh pasal video klip khas untuk Dato’ Lee Chong Wei plak. Aku pun tak pasti video yang mana, yang ni kot…

BEIJING – Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter. READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN