Posts in category Uncategorized

Wajib ke Fail PBPPP

image

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah mengeluarkan kenyataan terbaru berkaitan fail PBPPP. Menurut beliau, fail tersebut adalah tidak wajib. Berikut adalah status FB beliau berkenaan fail PBPPP tersebut

● BPPK telah menjelaskan dalam pelaksanaan PBPPP tidak ada penggunaan fail. Penglibatan, sumbangan, aktiviti dll. yang berkaitan tugas guru selain PdP perlu dicatatkan di bahagian belakang Buku Rekod Mengajar.
● Jika guru mahu menyimpan dokumen atau bahan tertentu untuk dirujuk pada masa akan datang, ianya disimpan oleh guru berkenaan sendiri asalkan boleh diakses dengan mudah. Perkara ini merupakan inisiatif pihak sekolah. Kebimbangan kami, Pegawai Penilai akan menilai fail dan bukan guru.
● Penilaian kpd PYD, bukannya fail.
~ Hari Isnin lepas, BPPK telah hantar surat ke JPN dan PPD berkaitan isu fail ini. BPPK akan selesaikan perkara ini.

Pekeliling tersebut turut dimuat naik di FB beliau

image

image

LRT kini terus ke Putra Height

Hari ini, RapidKL telah menguji tren baru untuk laluan Ampang Line dan Sri Petaling Line. Laluan tersebut merupakan sambungan dari Stesen Sri Petaling dan berakhir di Stesen Putra Height sejauh 17KM.

Terdapat 11 Stesen sepanjang sambungan ini iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puteri, Puchong Perdana,Puchong Prima dan hentian terakhir bagi laluan ini ialah Putra Height dimana pengguna lrt boleh membuat pertukaran dengan tren dari Kelana Jaya Line.

lrt putera heightlrt putera height 2lrt putera height 3

SUMBER

Trafik dan ranking blog jatuh merudum

Entah kat mana silapnya, sejak bulan lepas trafik dan rank blog ni jatuh merudum. Bukan jatuh biasa-biasa.. terus jatuh terjunam ke dalam gaung.. 🙁

trafik merudumSetakat ni, puncanya belum dapat dikenalpasti, pening kepala mikir.. beberapa plugin yang baru pasang pun dan dibuang semula.. theme pun dah tukar ke theme yang asal..

Andai kata dalam masa sebulan masih sama, selamat tinggal ceritawan.com.. 🙁

Kita bukak blog yang baru.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN