Posts in category Uncategorized

Semak status Halal menggunakan perisian myJakim di Smartphone dengan PERCUMA

apps myJakim

Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan perisian khas kepada pengguna untuk memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan mudah dan percuma. Perisian myJakim ini boleh dimuat-turun ke peranti android dan iOS secara percuma.

Antara fungsi lain perisian ini ialah:

  1. Info solat.
  2. Kemusykilan Agama.
  3. Direktori Halal.
  4. Fatwa.
  5. Doa Harian.
  6. Logo Halal Diiktiraf.
  7. Khutbah Jumaat.
  8. Yasin dan Tahlil.

Selamat mencuba

Virus komputer yang pertama berasal daripada gurauan budak nakal.

cakera liutVirus computer yang pertama disebarkan menggunakan floppy disk atau dikenali sebagai cakera liut dalam Bahasa Malaysia. Floppy disk juga dikenali sebagai disket.. Tapi generasi hari ini tentu tidak pernah melihat apatah lagi menggunakan floppy disk ini. Saiz cakera liut hanya boleh menyimpan data bersaiz kurang daripada 1MB.

Virus computer yang pertama agak ‘jinak’ dan tidak merbahaya. Virus ini memaparkan mesej “SAYA ADALAH BENDA YANG MENJALAR, IZINKAN SAYA MENJALAR”. Virus tersebut hanya dikuarantin di dalam jaringan asalnya sahaja dan terperangkap di dalam jaringan sistem operasi TENEX sahaja kerana tiada jaringan internet pada masa tersebut. Virus tersebut hanya akan tersebar jika cakera liut dimasukkan ke komputer tersebut dan dipindahkan ke komputer yang lain.

Kini, berjuta-juta virus sangat mudah disebarkan dengan adanya internet. Virus boleh tersebar dengan mengelik link yang pelik di dalam emel, melayari laman web, memuat-turun perisian cetak rompak dan berbagai cara lagi. Tidak hairanlah industri anti-virus menghasilkan berbilion-bilion dollar setahun.

Segalanya menjadi perlahan apabila virus mula menyerang ke dalam sistem computer anda. Virus yang pertama disebarkan melalui cakera liut oleh manusia, dari tangan ke tangan yang lain secara perlahan-lahan dan bertambah serius.

Apple juga tidak selamat dari virus tetapi virus apple adalah berasal dari gurauan remaja nakal manakala virus pertama computer adalah sebagai langkah untuk mengawal masalah cetak rompak korporat.

Cadangan waktu perjalanan sempena tahun baru cina 2015

Seperti biasa, tiba je musim perayaan akan berlaku lah kesesakan di lebuhraya-lebuhraya utama terutama highway plus dan LPT.

Pihak PLUS telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan kepada pemandu yang ingin pulang ke kampung atau pergi bercuti antara 13-22 Februari..

Pihak PLUS juga memberikan rebet kepada kenderaan-kenderaan persedirian pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah.

Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.

image

Cadangan waktu perjalanan LPT dan Lebuhraya Karak
cadangan waktu perjalanan lpt tahun baru cina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN