Cek Nuffnang dan Jemputan JV

Alhamdulillah… hari ni 2 benda berlaku yang membuatkan mood untuk berblog ni terus membara. Siapa kata buat blog ni buang masa? mengarut? siapa kata? takde kan? bagus…

Blog ni baru berusia beberapa minggu je, tapi aku dah lama dalam arena blogging ni. cuma tak konsisten je. Sebelum ni dah ada blog .com aku yang terbiar dan akhirnya terkubur camtu je. Padahal dah ada pembaca setia dan SEO pun boleh tahan jugak. Blog free yang guna blogspot tu tak yah cerita la, sampai sekarang ni pun masih ada lagi. Tapi tak berupdate la. Mungkin sebab blog-blog tu tak tak ‘berguna’ kot.. .

Yang dah lalu tu, biarkan berlalu… Yang ada ni la perlu dijaga dan dibelai… eh.. blog pun kena belai ke??? 🙂 update la tu… nak kena rajin update lagi la lepas ni..

1. Dapat cek Nuffnang – Dah lupa ni kali ke berapa aku terima cek dari Nuffnang ni. Takde la banyak mana pun. Lepas la nak bayo bil-bil yang berlambak tu.. Tau tak Nuffnang tu apa? kalau dah tau tu bagus la. kalau tak tau, meh nak bagitau… Ni aku cerita mengikut pemahaman aku la.

Nuffnang ialah sebuah syarikat yang menjadi perantara antara pengiklan dan blogger iaitu blog digunakan sebagai medium untuk pengiklanan. Nuffnang membayar blogger dalam beberapa cara. Ada iklan yang berasaskan CPC / PPC iaitu cost per click / pay per click. Melalui cara ini, blogger dibayar mengikut click yang diterima di blog kita. kalau ada click, ada la RM, kalau xde.. 🙁

Cara kedua yang ramai orang suka ialah BE / ME iaitu Buffered Earning / Metered Earning. Kalau dapat yang ni best, orang bukak je blog kita, meter earning pun dah jalan. lagi banyak orang masuk, lagi banyak la RM masyuk… orang tak click iklan pun $$$ tetap masyukk… Kalau dapat metered earning ni, memang best. Tiap-tiap bulan la boleh cash-out. Tapi memang susah nak dapat metered earning ni. Cek ni pun hasil dari metered earning sebenarnya. Kalau harapkan PPC, tak tau la berapa bulan sekali baru boleh cash-out.

Blog-blog terpilih je yang selalu dapat. Aku pun tak tau camana nuffnang pilih nak bagi sapa metered earning ni. Ikut suka dia je kot. Banyak blog-blog yang cerita tentang nuffnang ni, macam-macam benda diorang cerita. nak tau lagi, silala menggoogle ye…

2. Mendapat jemputan JV – JV iaitu Join Venture dalam bahasa inggerisnya. JV ni bersifat tolong-menolong, rakan kita ada produk untuk dijual, kita tolong mempromosikan produk tersebut dan dibayar bagi setiap jualan yang dibuat. Mudah je kan???

*beberapa maklumat terpaksa dipadam untuk menghormati privasi dan mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari

Kita sebagai rakan JV tidak perlu fikirkan tentang produk, kos hosting, kos membina web, kos autoresponder dan macam-macam lagi la.. Tugas kita hanya la buat promosi je. Bab promosi ni pulak macam-macam cara, lain kali la cerita bab-bab promosi atau pun internet marketing ni.

Komisyen pula dibayar mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Kadang-kadang sehingga 50%.. tak banyak ke tu??

Jadi, nak buat duit di blog ni bukan susah. nak kena usaha lebih je. Kalau kena cara, memang berbaloi-baloi…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN