Chong Wei diberi imbuhan RM100 000 oleh kerajaan Pulau Pinang

Kerajaan Negeri memberi insentif RM100,000 kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berikutan penyertaannya yang cemerlang dalam Sukan Olimpik kelmarin.

20120808-084756.jpg

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata,insentif itu diberikan atas kejayaannya menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi dua pingat perak Olimpik serta usaha gigihnya di Sukan Olimpik London 2012.

“Insentif ini sebagai galakan kepada beliau untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016 kelak. Ini adalah program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia.

“Walaupun tewas kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir, beliau berusaha gigih dan membuatkan rakyat Malaysia bangga dengannya,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau berkata, walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Chong Wei adalah juara Olimpik untuk setiap rakyat Malaysia.

Menurutnya, insentif itu juga adalah sebagai tanda Kerajaan Negeri menghargai dan bangga dengan kejayaan anak Bukit Mertajam itu.

“Walaupun semua rakyat Malaysia merasa kecewa namun semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia. Beliau memberi inspirasi kepada kita dan menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. August 1, 2013    

    Post nie memang betul2 bermanafaat… mungkin tidak pada yg lain… tapi amat pada saya… terima kasih admin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN