Chong Wei minta maaf

“Saya minta maaf”. Itulah kata-kata daripada Datuk Lee Chong Wei selepas gagal memperoleh emas dalam acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di London, malam ini.

20120805-225630.jpg

Beliau berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing.

Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi akaun twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei ‏pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:

“Terima kasih kepada semua. Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas (kali ini).”

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf.

Sebahagian mereka menegaskan, beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan wajar dianggap sebagai ‘pemain memperoleh emas.’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN