Claim eksiden di lebuhraya

Sekarang baru aku tahu  kenapa JPJ marah betul lori, treler dan bas pakai tayar celup ataupun tayar toreh. Rupanya-rupanya tayar celup ni kalau pecah, ia akan berterabur kat atas jalan dan membahayakan pemandu lain.. bukan setakat membahayakan pemandu dan penumpang kenderaan tu saje..

image

Kalau waktu siang tu takpe la jugak, tapi kalau malam??? memang bahaya..  terutama penunggang motor…

Minggu lepas, masa aku drive dari Ipoh ke KL, masa tu tak laju sangat, lebih kurang 80-100km/j je.. sebab hujan lebat… tengah sedap layan lagu, tiba-tiba  nampak benda hitam kat atas jalan, dah dekat… jadi memang tak sempat nak elak… PRAP!!!!… kereta pun bergegar sebab dah langgar objek tadi… ingatkan takde pape.. jalan lagi perlahan-lahan sampai ke RNR terdekat… masa tengah jalan tu ada sebuah treler parking kat tepi highway… tayar pecah… tinggal rim je.. maknanya objek hitam yang aku langgar tadi tayar treler tu la…

Dah sampai kat RnR, berenti sebab nak tengok kereta… huhuhu..  sedih..  habis pecah lip depan ngan skirting belakang… huhuhu… baru je pasang tak sampai 2 bulan… masa tengah check kereta tu ada sorang lagi pemandu treler berenti… dia pun tengah check treler dia sebab terlanggar serpihan tayar tadi… tapi treler dia takde pape la sebab tinggi… huhuhu…

Masa tu baru teringat kata seorang rakan, kalau berlaku sesuatu kat atas highway.. macam langgar binatang ke… langgar objek ke… kita boleh claim ngan pihak lebuhraya jika kemalangan tu memang disebabkan oleh kecuaian mereka…

Jadi aku pun telefon pihak lebuhraya untuk mendapatkan kepastian.. menurut operator, aku kena pergi ke plaza tol berhampiran dan buat laporan kat situ.. dah sampai kat tol aku pun jumpa supervisor kat situ dan buat report.. ok je, isi borang… pastu dia ambik gambar kereta..  pastu kena gi buat repot polis pulak.. nasib baik balai polis terdekat pun dekat je…

Cuma yang jadi ralatnya, aku lupa nak tengok km berapa kejadian tu berlaku… gambar pun tak ambik.. kalau ada gambar objek tu lagi senang nak buat claim nanti… takpe la… try jela buat claim ngan pihak lebuhraya… kalau setakat 100, 200 tu ok la jugak… ni kalau dah lebih 1k nak tukar baru… menggigil jugak… huhuhu…

Dah siap wat repot tu kena submit pulak segala macam dokumen ke ofis pihak lebuhraya dalam masa 14 hari.. harap-harap dapat la claim balik kos repair kete ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

  1. February 8, 2013    

    Macam mana broo…dah dapat ke belum pampasan tu??…
    Proactol Best Price recently posted..Proactol Review-Is Proactol a Scam or Does it Really Work?My Profile

    • wandin wandin
      February 21, 2013    

      Belum lagi… Dekat sebulan gak baru tau dapat ke tak claim tu

      • wandin wandin
        May 3, 2014    

        Lupa nak update… dah dapat claim hari tu… memang dalam sebulan lepas submit semua detail yang diorang nak, diorang call suruh ambik cek.. Alhamdulillah.. dapat separuh daripada nilai yang aku claim… nasib baik dah mark-up siap-siap.. bleh cover 100% cost repair… 🙂

  2. February 11, 2013    

    artikel menarik, salam kenal dari tasik
    obat tradisional keputihan recently posted..Obat Tradisional KeputihanMy Profile

No Pings Yet

  1. Spoiler Honda Jazz Hybrid untuk dijual | ceritawan.com on January 19, 2013 at 3:35 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN