Cuti berganti sempena raya | ceritawan.com
Aku dan Duniaku

Cuti berganti sempena raya

BAWAH UMUR & BELUM KAHWIN, SILA JANGAN KLIK

Untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan pulang ke kampung sempena hari raya tahun ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membenarkan pihak sekolah untuk mengambil cuti berganti pada 16 dan 17 Ogos. Berikut adalah kenyataan media oleh KPM.

20120810-095159.jpg

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.

IKLAN

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Download pekeliling Cuti Berganti Tambahan Terbaru disini
image

BAWAH UMUR & BELUM KAHWIN, SILA JANGAN KLIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ni takde chat room... Tempat komen ada.. jom chit-chat kat bawah.. :)

comments

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

IKLAN

Facebook

Archives

Kategori