Setakat ni belum ada lagi kenyataan rasmi oleh KPM tentang cuti tambahan raya. Nampak cam takde je. Sebab raya jatuh hari Isnin. Maknanya masa untuk beraya di kampung memang panjang. Cuma yang jadi masalah, masa untuk pulang ke kampung halaman sedikit suntuk. Confirm jem nanti ni.
Penafian KPM tentang cuti tambahan raya 2014
KENYATAAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2014 (1435H/1436H) –
Bagi kump B ( Negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad – ),
CUTI AKAN BERMULA pada 26 JULAI 2014 (SABTU) hingga 03 OGOS 2014 (AHAD).
Keterangan cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut :
26 Julai 2014 (Cuti Am),
27 Julai 2014 (Cuti Am),
28 Julai 2014 (Cuti Umum – Aidil Fitri),
29 Julai 2014 (Cuti Umum – Aidil Fitri),
30 Julai 2014 (Cuti Peristiwa), 31 Julai 2014 (Cuti Ganti – Telah diganti pada 10 Mei 2014), dan
01 Ogos 2014 (Cuti Ganti – Telah diganti pada 21 Jun 2014).
Pihak KPM TIDAK mengeluarkan sebarang Surat Siaran / Kenyataan Rasmi yang menyatakan untuk membenarkan sekolah-sekolah bercuti bermula 24 JULAI 2014 ( KHAMIS ) .
Dengan itu semua sekolah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia akan MULA BERCUTI pada 26 Julai 2014 (Sabtu) dan BUKANNYA 24 Julai 2014. Sekian dimaklumkan.
