Dialog Penjual Burger dan Pengundi BN tentang GST

GST , Penjual Burger & Pengundi BN

GST memang mimpi ngeri buat semua rakyat Malaysia. Pelik kalau ada yang menyokong pelaksanaan GST kat negara kita ini. Memang macai level 9999…

Mereka kata kalau nak negara maju nak kena ada GST. Sebelum ni, negara kita makin mundur ke??? Takde perubahan ke sebab takde GST??? Takde???

Tadi pergi beli nasi kukus ayam dara kat area rumah. Lama sikit tunggu sebab tunggu ayam tengah goreng. Tengok kat sebelah ada gerai burger. Tak pernah beli pun sebelum ni kat situ. Macam menarik pulak dia campak-campak sayur-sayuran kat burger tu. Biasanya kalau orang yang masak main campak-campak ni sedap.. kebiasaannya la..
burger

Jadi teroder la satu burger ayam special… ūüôā

Sambil menggoreng daging burger, ada sorang pelanggan tetap (kot) sembang dengan abang burger tu. Mungkin pelanggan tetap sebab bukan main ramah lagi duk sembang tentang betapa sukanya beliau dengan GST..

Abang Burger: Makin teruk la meniaga sekarang ni. Semua barang naik, beli roti… naik seringgit. Beli sos, naik seringgit, sayur semua naik… gomen kata barang semua turun, penipu je diorang tu. Takde yang turun pun, hujan je yang turun..

Customer:  itulah, menyesal aku mengundi BN hari tu.. lepas ni tobat lahum la aku nak mengundi diorang lagi.

Aku: (senyum je, dalam hati teringat infografik tentang kitaran hidup seorang macai)

Abang Burger: nak caj GST tak boleh sebab tak layak, jual berger… takkan nak daftar GST??? Gila??? Mampus aku kena maki ngan customer nanti. Nak tak nak kena la naik harga berger aku ni 20 sen. Takkan tak nak naik? Nak untung celah mana kalu dah barang semua naik.

Customer: Gila la diorang ni… yang teruk kita, diorang sedap je gi sana boleh claim… gi sini boleh claim.. kereta free… minyak free.. siap ada driver lagi.. ¬†elaun dah la beribu, setakat GST 6% memang la tak terasa.. Kita??? Bocor beb poket tiap-tiap bulan… BRIM boleh tahan sampai setahun konon… pui…

Aku: (masih senyum je dengar diorang sembang sambil berkata dalam hati ‚Äúpadan muka hangpa dan muka aku‚ÄĚ)

Abang Burger: Nah burger dah siap.. RM3.60 tak termasuk GST… hahahaha ..

Customer: hahahaha.. bayar duit dan terus beredar

Ingatkan dah habis cerita kat situ je pasal GST ni. Abang burger tu sambung lagi sembang ngan aku.

Abang Burger: camana bang, GST?

Aku: Camana lagi? Teruk la bang!!! Orang bangang je yang suka ngan GST ni. (mohon korang terasa bangang tu kalau sokong GST).

Abang Burger: hahaha… tau takpa.. Setakat ni, yang datang kat gerai aku ni, semua mengeluh pasal GST, takde lagi suka. Kalau ada, nak jugak aku tanya apa yang bagusnya GST ni kat diorang. Kat dalam TV bukan main tunjuk video orang sokong GST, setuju ngan GST… penipu semuanya..

Aku: emmm.. dalam TV tu drama je, kalau ada orang tak setuju pun, mana ada diorang nak tunjuk.. semua gomen punya tu… mesti cover punya..

Abang Burger: Tak lama la diorang tu.. memang lingkup la pasni…

Aku: Ok la bang, saya jalan dulu la bang, anak-anak lapar kat rumah tu.. (sambil bayar burger tadi)..

Kalau layan lagi memang panjang lagi la cerita dia. Malas jugak nak layan, buang masa je cerita bab politik ni lebih-lebih.

Kita tunggu je PRU nanti, kita tengok camana, adakah ¬†kitaran hidup seorang macai lengkap seperti biasa… atau sesuatu yang diluar norma berlaku kali ini.

_________________________________

Nota: Ejaan burger adalah burger, bukannya berger. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, burger ialah kepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah) yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dgn roti. SUMBER
gst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN