Diskaun dan rebet tol sempena Aidilfitri di 24 lebuh raya

Lagi satu berita baik untuk rakyat Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun dan rebet di 24 lebuh raya sempena aidilfitri. Diskaun tersebut bermula 15 – 30 Ogos dan dijalankan secara berperingkat. Diskaun yang diberi pula dikatakan antara yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 10-37.5%.

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.

Menteri Kerja Raja, Datuk Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.

Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.

Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus.

-BHarian

image

Aik??? Mana highway PLUS?? Tak tersenarai ke?? Huhuhu… Kalau setakat bagi kat highway Lembah Klang.. Baik tak payah bagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN