Dua PIBG digantung, rebut jawatan

Zaman sekarang perebutan jawatan perkara biasa dalam sebarang pertubuhan, syarikat dan sebagainya…. Tapi tak sangka dalam PIBG juga berlaku perebutan kuasa sehingga menyebabkan tindakan perlu diambil oleh pihak ketiga. Inilah jadinya kalau harta, gelaran, pangkat dan jawatan menjadi rebutan… Dunia je semua tu… 🙂

HUTAN MELINTANG – Hanya kerana perebutan jawa­tan, dua barisan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari dua sekolah di negeri ini digantung.

Kedua-dua PIBG masing-masing di daerah Kuala Kangsar itu dikatakan menjadi medan perebutan jawatan dari dua kumpulan yang mewakili parti politik berbeza.

Perebutan jawatan yang dianggap menjejaskan prestasi sekolah itu menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) selaku pendaftar PIBG me­ngambil tindakan menggantung semua jawatan penyandang, bagaimanapun mereka masih menjadi ahli PIBG.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, keadaan itu berlaku apabila dua kumpulan terbabit terlalu ghairah merebut jawatan sehingga berlaku konflik yang menjejaskan prestasi PIBG.

Menurutnya, JPN telah menerima aduan daripada ibu bapa yang bimbang perkara itu boleh menggugat prestasi pelajaran anak-anak mereka selain menjatuhkan imej PIBG.

“Kita mengambil tindakan­ membatalkan semua jawatan kerana mereka telah melanggar etika yang dibenarkan pendaftar.

“Namun kini kedua-dua PIBG itu telah dibenarkan bergerak semula melalui proses mesyuarat agung tahunannya yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memilih individu yang mereka kehendaki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah PIBG cemerlang peringkat negeri, di sini.

Katanya, JPN tidak menghalang pemilihan jawatan penyandang yang terbabit kerana mereka telah pun berjanji akan mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan.

“Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap matang dan bijaksana untuk menentukan hala tuju pelajaran anak-anak mereka selain menjalankan program secara musyawarah,” katanya.

Terdahulu, empat PIBG telah dinobatkan sebagai johan peringkat negeri dalam empat kategori iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Bainun dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Malim dalam kategori sekolah dalam bandar, sementara SMK Seri Perak dan SK Selabak, Teluk Intan dikategorikan sekolah luar bandar.

Semua PIBG itu menerima wang tunai RM500 bagi setiap sekolah di samping sijil dan trofi.

Di Perak, terdapat 1,089 sekolah rendah dan menengah membabitkan 198,246 pelajar dengan 15,457 guru sementara sekolah rendah membabitkan 243,786 murid dengan 21,949 guru.

-sinarharian.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN