Dunia berjaga-jaga, protes filem hina Nabi dijangka besar

Polis Perancis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala kawalan keselamatan di kebanyakan premis misi diplomatik Perancis di luar negara dipertingkatkan.

Benua Eropah dan Asia khususnya negara-negara Arab mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi protes baru hari ini dijangka lebih besar berbanding hujung minggu lalu bagi memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan aman juga akan diadakan hari ini di ibu negara oleh parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.

Semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno dan Pas – Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat,  menyeru ahli dan penyokong turun padang menyertai himpunan aman yang akan diadakan selepas solat Jumaat.

Kedua-dua Najib dan Nik Aziz membuat seruan secara terbuka, yang lazimnya akan diterima oleh penyokong masing-masing.

Pemuda Pas menganjurkan himpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini manakala Pemuda Umno pula di pekarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Umumnya, demonstrasi hari ini, hari Jumaat, dilihat akan diadakan dalam skala besar susulan kemunculan karikatur dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo sementara kemarahan berkaitan filem Innocense of Muslims belum reda.

Protes bermula pada 11 September lalu di Libya, di mana ia membawa kepada empat kematian termasuk Duta AS ke negara itu.

Awal minggu ini, kumpulan Hezbollah menggesa agar protes “segar” diadakan.

Dalam protes semalam di Islamabad, Teheran dan Kabul, 50 orang cedera.

Begitu juga di kedutaan AS di kebanyakan negara Islam.

Pihak berkuasa Perancis tidak memberi kebenaran untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Besar di Paris.

Dalam pada itu, mahkamah Los Angeles pula telah menolak tuntutan seorang aktres Innocence of Muslims agar treler filem itu dikeluarkan dari  YouTube.

Cindy Lee Garcia menyaman kedua-dua penerbit filem dan Google.

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Syiah Malaysia makin berani sekarang Tak sangka, golongan Syiah di Malaysia kini makin berani menonjolkan diri. Hari ni, dalam sibuk-sibuk umat islam berdemonstrasi menunjukkan bantahan terhadap filem innocent of muslims di kedutaan Amerika, mereka turut sama berdemo. Siap bawak poster Ayatollah Khomieni dan banner “ya hussein” lagi tu. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka ini. Jika dibiarkan, makin [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN