E-sistem… Bagus ke??

20120516-151201.jpg

Kerajaan sekarang banyak menggunakan e-sistem terutama dalam bidang pendidikan. Banyak sangat sampai jenuh nak ingat… Contohnya sbbps, e-prihatin, saps, eghrmis, e-operasi, sistem latihan guru dan banyak lagi la… Memang banyak….

E-sistem ni sepatutnya memudahkan semua pengguna.. Terutama mereka yang menggunakan sistem ini untuk mengisi dan mengemaskini data yang diperlukan. Bab server tak payah cerita la.. Memang sentiasa bermasalah..

Satu lagi masalah yang sampai sekarang aku heran… Kenapa kebanyakan web tersebut mesti menggunakan internet explorer untuk diakses.. Padahal sekarang banyak web browser yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan seperti Mozilla, Opera, Safari dan lain-lain..

Bagi pengguna Ipad, dah tentu terpaksa menggunakan Safari untuk melayari internet… Mana boleh nak install web browser lain.. Kan mudah kalau semua web browser boleh digunakan untuk melayari web-web tersebut.. Tak payah nak on pc, on laptop..

20120516-151222.jpg

Ada juga web kerajaan menggunakan fungsi untuk diakses oleh gadget seperti tab, ipad, telefon pintar dan sebagainya.. Bagus mobile theme ni.. Cuma yang jadi masalah, web tersebut tak dapat diakses sepenuhnya.. Banyak makluman atau bahagian yang tidak muncul.. Jadi, ini juga akan menyusahkan.. Kena jugak mengadap pc.. Apa salahnya kalau set kan mobile theme itu sebagai pilihan.. Samada nak guna web versi mobile atau web biasa.. Mudah je tu.. Bukan susah pun…

20120516-223855.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN