Mesej dari eBay – Congratulations, your item sold!

Congratulations, your item sold! Inilah mesej paling disukai oleh penggiat atau pun peniaga di eBay. Ebay memang lubuk duit, tapi ebayer tegar je yang mampu bertahan lama untuk meniaga kat situ. Dengan pelbagai polisi yang sentiasa di update ikut suka mak bapak dia… caj yang kadang-kadang melebihi sale… huhuhu banyak lagi la dugaan kalau nak jadi seorang ebayer ni.

Emel tu, aku dapat lebih 3 tahun dulu. itu adalah jualan pertama yang berjaya aku buat di eBay. Kelakar pun ada, jual kereta mainan di eBay… hahaha… tapi pulangannya… Alhamdulillah… dapat la cover sikit mana-mana yang patut… 🙂

Akaun tu pun dah kena banned sebab masalah VERO… huhuhu… tapi itu lah namanya dugaan dalam menjadi seorang ebayer..

Semenjak kena banned, aku layan juga eBay. Tapi tak sekencang meniaga hot niche cam kete Ben 10 tu.. Main dropship je, tu pun belajar melalui ebook yang dijual oleh seorang top ebayer masa tu, Sifu Lan. Berbaloi juga lah beli ebook dia… tapi lama-kelamaan aku stop camtu je main eBay. Dah lupa pulak aku buat part time apa… 🙂 Layan adsense kot… Tapi beberapa akaun masih ada sehingga hari ni.

Bagus juga ada akaun camtu. Akaun peram nama dia… akaun adsense peram pun ada lagi ni… tunggu masa nak run balik je…

Sejak 2012, aku 100% tinggalkan eBay, hinggalah beberapa hari ni, teringin plak praktikkan balik ilmu eBay yang dah berkarat tu. Mana tahu, boleh meletup cam dulu balik.

Dan kali ni, aku berguru pulak dengan Top Rated Saller yang terkenal di Malaysia. Sifu SaifulNizam.

Ebook pertama beliau dah pun keluar pada 2010 ,tapi masa tu, aku memang dah malas nak main eBay, hinggalah beliau tulis ebook terbaru dan dilancarkan pada Jun yang lalu, menarik plak tengok teknik yang beliau gunakan hingga dapat menjana puluhan ribu sebulan di Ebay..

Itu saje buat masa ni, nak berbuka puasa plak ni… 🙂 Selamat berbuka puasa semua… 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN