Facebook Ahmad Said digodam lagi

ahmad saidMenteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang menggodam laman Fan Page Facebooknya.

Beliau berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.

“Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

“Terbaru, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu di Kuala Terengganu.

Katanya pihak pengurusan pejabat Menteri Besar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

Beliau juga akan membuat laporan polis.

-Bernama

Antara status yang diupdate oleh hackers tersebut:

fb ahmad said digodam

Saya mahu usulkan Kad Subsidi Petrol untuk Anak Jati Terengganu. Jika dilaksanakan kelak, pemegang Kad ini yakni anak jati yang layak akan menikmati subsidi tambahan Kerajaan Negeri RM1.00. Jika Ron 95 Berharga RM2.10/Liter, maka pemegang kad ini dapat menikmati pada kadar Rm1.10/Liter. Untuk membiayai subsidi ini, saya akan mengkaji tuntutan royalti petroleum dengan Kerajaan Pusat.

Merakyatkan Pentadbiran, Mengagihkan kekayaan. Ganu Nelang

Apa kata semua..?

 

Pah mane aler pulok Tok Wakil baru ni…Aku henjar buleh pekdoh sajer kekgi…

Berapa ramai yang selalu menyanyi lagu Negaraku sebelum makan..?

Ketentuan Allah blake tu… sohbeng wt debe2 la..

rima kt zoo ni derah sungguh lapor.. nyakye la gini nk bli mknn..doh la dgg mhl2

On The Way tah kelulut….Beli Air Tuok….Piyer nok kirim kabor la…Saya belanja semua…Ganu Nelang

FB Dato’ Seri Ahmad Said

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN