Facebook boleh sebabkan rogol

image

Wa… Ini fakta yang menarik ni… Facebook kalau di salah guna inilah jadinya.. Dah nama pun laman sosial.. Tempat bersosial la kan..? Tapi kena tahu had dan batasannya… Kalau terlalu open sangat, terlalu sosial sangat… Banyak perkara buruk boleh berlaku.. Boleh kena tipu.. Boleh kena culik.. Boleh kena rogol dan sebagainya… Dah banyak kes kita dengar yang berpunca dari facebook ni.. Jadi, kalau berfacebook kena tahu hadnya.. Kita sebagai orang tua, kena tengok adik-adik, anak-anak, sedara-mara dan semua orang disekeliling kita… Ingatkan had-had dan batasan semasa berfacebook.

p/s: dari duk update status yang ntahapaapantah… Baik update BENDA NI.. Boleh dapat RM….

Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.

“Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial.
Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial. – Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) “Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan ketua jabatan kerajaan, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.

Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.

Sumber: BHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN