Fattah Al-Sisi Meninggal Dunia- berita palsu

Kalau betulla la jeneral Al-Sisi ni mati, bagusla.. tapi aku cuba google pasal kematian dia. Takde pun berita pasal kematian dia dari media luar negara. yang ada cuma blog-blog dari malaysia. Jadi kesimpulan yang aku boleh buat, berita tu adalah palsu… kalau tak percaya cuba google “al-sisi dead”

Ni berita yang tersebar di blog-blog…

al-sisi dead
Laporan oleh FMT ;

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN