fx4114 – Nama mayaku..

Nama maya?? apa tu?? takde kene mengena dengan Maya Karin atau pun Maya yang lain-lain apatah lagi Maria Ozawa okay.. Nama maya tu kira nama yang selalu aku guna kalau online kat internet. Nama tu, aku mula guna sejak tahun 2008 lagi. Sejak aktif dalam bidang ‘buat duit di internet’ secara serius.

Kalau, search kat google itu la yang keluar kat first page..
1. Ebay – aku mula bergiat aktif di ebay sejak tahun 2008 lagi. tu kira masa mula berjinak-jinak dan mengenali apa itu ebay. Tahun 2009 baru betul-betul aktif sebagai peniaga di ebay. Apa yang bestnya ebay ni ialah, kita boleh jual produk kita kita ke seluruh dunia. Luas tu market… dan kalau kita takde produk sendiri nak jual, kita boleh guna dropship. Dropship ni kira kita jadi orang tengah la. Untung atas angin. Kalu nak tahu lebih lanjut pasal dropship ni, sila hubungi En Google.. 🙂 Orang Malaysia sekarang pun ramai yang dah buat dropship ni..

Tapi aku tak main barang dropship, banyak saingan. Terutama dari otai-otai dari Malaysia sendiri. Aku lebih kepada barang fizikal. Maknanya aku sendiri kena gi beli kat supplier, packing then kena post sendiri. Barang apa tu? tak boleh bagitau… Rahsia… 🙂

Tapi akaun tu dah kena banned sebab degil sangat jual barang VERO. Apa pulak tu??? Malas nak taip, kalau nak tahu boleh tengok disini. Tu baru salah satu akaun, ada lagi akaun lain yang sampai sekarang masih aktif. cuma dah tak aktif meniaga je sekarang.

2. Forum Wangcyber – tempat yang antara masa aku paling banyak terbuang di internet. Tapi berbaloi-baloi sebab tempat tu merupakan tempat IM-IM Malaysia lepak. Banyak ilmu dikongsikan di situ. Ada yang berbayar, ada yang free. Kena pandai pilih la. Sebenarnya, kat internet ni banyak ilmu dikongsikan. Cuma nak kena pandai cari dan usaha. kalau nak tunggu orang ajarkan, memang habis duit la. Padahal ilmu tu kita boleh dapat percuma je. kalau apa yang aku nak tahu tu tak ada kat forum wangcyber, Prof Dr Google la yang banyak mengajar aku. Tanya je apa, kompom dia jawab punya. Kecuali la takde internet.. 🙂

3. Twitter – akaun twitter pertama aku. Tahun 2009 dah mula guna akaun tu, tapi dah lama tak update sebab asyik duk melayan facebook je..

Sebenarnya, banyak lagi kisah aku buat duit di internet ni, sampai sekarang pun masih ada. Lain kali aku update lagi.. tu pun kalau ada yang sudi nak baca.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN