1.6.2012, setelah 2 jam beratur dan tunggu giliran.. Dapat jugak aku bawak balik Galaxy S3. Hari pertama promo celcom dah pergi, tapi dah habis stok katanya, jadi semalam sekali lagi aku pergi.. booth celcom bukak kul 10, kul 9.30 dah terpacak kat situ… ingatkan takde orang, rupa-rupanya dah ramai beratur.. huhuhu.. dapat la nombor yang ke-14.. Takde apa yang best pun semalam.. dapat rebet je RM10 untuk setahun untuk 50 orang pertama.. ok la tu…
Tengah-tengah q, sembang ngan sorang brother ni… rupanya dia lagi gila.. sanggup datang dari Melaka semata-mata nak beli S3 ni… Hari pertama pun dah datang… habis je kerja terus shoot ke KL… sampai-sampai je, gi kat Mid Valley.. beratur punya beratur… dah dekat sampai giliran, stok habis… huhuhu… kesian.. patut diorang bagtau la awal-awal stok ada berapa yang tinggal… ni dah penat beratur.. baru diorang bagtau… tapi nasib baik diorang cakap esok ada lagi… kalu tak mau kena maki kat situ jugak diorang ni.. brother tu cakap la… bukan aku yang cakap…
Memang ramai betul peminat S3 ni.. hebat betul dia punya promo…
Setakat ni lom habis godek-godek lagi.. tapi memang banyak beza ngan S Plus la… Ngan Note pun 🙂
Gambar oleh camera s3, hdr mod

No Pings Yet