Galaxy Note idamanku… Oh…

image

Dah lama duk usha Galaxy Note ni, duk tunggu~tunggu bila la harga dia jatuh. Tak jatuh~jatuh jugak. Orang cakap Note ni besar, tapi bagi aku ok la kalau nak dibandingkan ngan Tab 7.0 dan lain-lain. Senang la jugak nak bawak. Kalau nak usung ipad gi mana-mana pun susah..

Tapi hari ni, tiba-tiba je wife ajak gi beli Note.. Alhamdulillah…

Tapi… Rupanya untuk dia.. Huhuhu…. 🙁 sob sob sob…

Takpala, mungkin dia nak belikan aku Galaxy S III kot masa harijadi aku nanti…. 🙂

Jadi aku bawak dia gi Low Yatt, tempat biasa aku pergi kalau nak beli henfon.. Rupa-rupanya sekarang ada promosi Galaxy Note kat level G di situ. Siap ada pelukis lagi..

image

image

image

Fuh… Tergugat iman weh… Meleleh ait liur.. Harga kat situ RM2299. Mahal lagi.. Huhuhu..

Jadi aku pergi ke kedai yang biasa aku pergi, dapat la harga yang lebih murah dari tempat tadi.. Siap aksesori semua still murah daripada tadi. Jadi. Akhirnya, Galaxy Note dalam genggaman isteriku.. Takpa la.. Boleh pinjam sekali dua pun cukup la…

image

Ni pulak gambar Galaxy Tab 7.0 Plus yang akan bertukar tangan. Baru 3 bulan je pakai..
image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN