Gambar mengamuk di stesen minyak sebab minyak naik

Apabila minyak naik, orang pun boleh naik minyak. Memang kalau dikirakan 20 sen tu bukan la banyak mana. Sekali isi, bukannya rm10, malu weh kalau pakai kereta isi banyak tu. Paling koman pun RM30.. Biasa kalau isi RM 30 boleh jugak 15.79liter. Lepas naik ni, isi RM30 dapat 14.29 liter. Banyak tu beb.. tu kalau yg biasa isi RM30.. kalau yang isi RM50?? RM 100?? Kira la sendiri..

Kalau minyak naik, dah tentu semua barang naik.. beras, gula, ayam, ikan, daging, belacan, bra, spender… pendek kata semua mak nenek akan naik harga lepas ni… mana ada barang angkut naik kereta lembu… semua naik kapal, kontena, lori, van, kereta.. semua pakai petrol atau diesel..

image

Gambar ni dari facebook. Ada yang kata gambar ni berlaku di Shell Pulau Kambing, Terengganu. Ada orang mengamuk sebab dah 3 jam beratur, bila sampai je turn dia minyak habis. Tapi tak tahu la betul ke tak… biasa la berita kat facebook ni bukan boleh pakai sangat… tapi kalau berita kat Utusan lagi tak boleh pakai.. 🙂

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN