Gambar pokok kurma berbuah di Kelantan

Pokok kurma ini ditanam dan telah mengeluarkan buah yang banyak. Gambar ini dirakam berhampiran Menara Jam di Kota Bharu.

image

image

Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.

Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.

Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.

 

Allahurabi…. Allah Maha Besar… Segala yang dibumi adalah milikNya. Segala yang dibumi adalah dibawah kuasaNya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. June 14, 2014    

    Bulan puasa dah dekat, kurma pun dah berbuah … perfect timing 🙂
    Malaysia Tercinta recently posted..Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2014My Profile

    • wandin wandin
      June 14, 2014    

      Untung la orang sana… Bleh kutip kurma fresh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN