Gara-gara facebook autolike

Malam tadi, saje la cuba godek2 google pasal facebook auto like ni. Saje la kan, nak tahu juga apa yang dikatakan facebook autolike ni… menjadi ke tak… senang je rupanya.. jadi aku pun try la ikut tutorial yang ada kat google tu ha.. dalam sekelip mata je, status aku dapat 27 like.. WOW!!! Memang menjadi…

image

Ingatkan habis kat situ je, rupa-rupanya diorang dah set autocomment guna FB aku, habis membe-membe dalam friendlist kena spam ngan link dari diorang.. nasib baik bukan link lucah… kalu tak masak la..

Silap aku jugak sebenarnya, cuba benda macam tu tapi tak research dulu.

Sory semua yang kena spam malam tadi.. Yang aku perasan dah 5 orang remove aku dari FB diorang.. hari ni hilang 5, bila-bila masa je boleh tambah lagi 50.. tak kisah la semua tu.. kawan dalam fb ni datang dan pergi.. Kawan dalam FB tak sama dengan kawan di dunia realiti…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN